in ,

Pantang Larang Orang Lama Yang Masih Diikuti Walaupun Mungkin Tak Masuk

Sumber gambar: youtube.com/ Drama Sangat Official

Korang pernah dengar pantang larang power orang tua zaman dulu? Atuk kata tak boleh buat ini, nenek kata tak boleh buat itu.. banyak sangat pesanan mereka dan kadang-kadang pesanan dan pantang larang mereka kedengaran tidak masuk akal. Jadi, kita perlu ikut atau biarkan sahaja? Jom kita tengok apa sahaja pesanan yang orang tua selalu percaya dan sebenarnya tidak apa pun.

POTONG KUKU WAKTU MALAM

Sumber gambar: sehatq

Pernah dengar tak tentang tak boleh potong kuku waktu malam sebab nanti ada hantu datang? Sebenarnya, maksud orang tua dulu pesan tak boleh potong kuku waktu malam adalah sebab mereka tak nak waktu korang potong kuku nanti korang tersalah potong dan menyebabkan luka. Zaman dulu, malam hari gelap dan lampu dulu bukannya terang seperti zaman sekarang. 

ANAK DARA TAK BOLEH DUDUK DI TANGGA

Sumber gambar: k star holic

Korang pernah dengar yang anak dara atau gadis tidak boleh duduk di tangga sebab nanti tak laku. Kalau korang nak tahu, sebenarnya orang dulu tak nak anak dara atau gadis duduk di tangga itu sebab tak nak korang duduk tayang muka atau jadi attention seeker. Lagi satu, kalau duduk dekat tangga korang akan ganggu laluan orang nak lalu di tangga itu. LOL.

JANGAN MENYANYI DI DAPUR

Sumber gambar: life and style mag

Eh Minah! Jangan menyanyi di dapur, nanti kau dapat suami tua baru tahu!”

Haa, nenek korang pernah bagi pesanan ini? Apa kena mengena menyanyi di dapur dengan dapat suami tua kemudian hari? Sebenarnya, orang tua zaman dulu tak nak korang terhanguskan makanan yang korang tengah masak sebab kalau menyanyi seronok sangat kita agak lalai dan kurang fokus. Itu sahaja.

TAK BOLEH MANDI MALAM

Sumber gambar: pinterest

Jangan mandi malam, nanti paru-paru korang akan berair. Mesti ramai juga yang pernah dengar tentang perkara. Sebenarnya, ramai doktor dan pakar kesihatan yang cakap waktu mandi yang baik juga adalah sebelum tidur atau pun lebih baik adalah pada waktu 12 malam ke atas. 

MAKAN TAK BOLEH PINDAH RANDAH

Sumber gambar: pinterest

Ini juga antara yang popular kita dengar iaitu jangan makan pindah randah sebab nanti akan banyak suami atau isteri. Lebih lagi untuk yang perempuan. Sebenarnya, orang tua dulu tak nak korang makan pindah randah sebab nanti nampak tak sopan.

Sekarang semuanya dah jelas? Ini alasannya  orang tua dulu suka beri banyak pesanan yang bunyinya macam tak masuk akal itu.. Semuanya ada sebab yang jelas dan kebanyakannya sebab nak jaga kelakuan dan tingkah laku kita semua untuk jadi orang yang lebih sopan gitu…

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis Makanan Yang Paling ON Musim Durian

Menangis Berpanjangan Boleh Turunkan Berat Badan? Ini Fakta Air Mata