in , ,

Panasnyaaa! Habis Muka Dah Mula Breakout!

Sumber gambar: Instagram Lunaria

Baru keluar depan rumah, tapi dah berpeluh-peluh, badan dan muka pun rasa gatal-gatal! Tak selesanya.. Huhu! Menurut MetMalaysia, keadaan El-Nino dijangka berterusan sehingga bulan Mei 2019! Suhu harian untuk minggu ni boleh mencecah 37°C tau! #Lunagirl jangan lupa pakai sunscreen or sunblock untuk lindungi kulit muka daripada gelombang haba ni okay? Jom ikut Ainaa sejukkan muka kita guna bahan semula jadi dan murah…

AIS

via GIPHY

Orang kata kalau tengah musim panas macam ni rasa lega kalau dapat makan ABC atau cendol! Tapi lagi selesa kalau dapat tepek ais dekat muka… ahh, legaaa! #Lunagirls boleh basuh muka dengan air yang bercampur dengan ais dan sekali-sekala, rendamkan sekejap muka ke dalam air sejuk tu! Suhu sejuk akan buat muka rasa lembap dan bantu untuk kurangkan kemerahan.

ALOE VERA

Sumber gambar:Organic Facts

For this tips, seeloknya kalau #Lunagirls gunakan tangkai lidah buaya (aloe vera) dan asingkan lendirnya! Sapukan lendir aloe vera tu dekat kulit muka dan urut perlahan di seluruh muka. Fungsinya akan buat korang rasa kurang pedih akibat sunburn dan akan bantu hasilkan sel kulit wajah yang baru!

YOGURT

Sumber gambar: Vintage Mixer

Yogurt ni letak dekat muka ya sayang semua, bukan masuk dalam mulut! Hehe! Gunakan yogurt perisa asli dan sapu dekat seluruh muka sebagai topeng muka atau masker. Dalam yogurt mengandungi vitamin dan mineral yang akan bantu melembapkan kulit muka akibat sunburn. Bukan tu je, muka korang pun boleh jadi putih kalau selalu amalkan masker yogurt ni. Hehe!

TOMATO

via GIPHY

Tomato cherry atau tomato biasa? Seeloknya guna tomato biasa dan potong bulat untuk kita gosok dekat muka. Biarkan je dalam masa 10 minit sampai kering sebelum korang cuci dengan air suam. Tomato akan bantu rawat masalah kulit dan elakkan jerawat. Bila panas, PH muka akan jadi tak sekata dan dengan bantuan tomato tu, ia akan meratakan warna kulit muka kita balik! Yay!

via GIPHY

Girls, Ainaa dan team LUNARIA harap cuaca panas terik macam ni tak mengganggu fokus korang belajar dan buat aktiviti harian macam biasa. Jangan lupa minum air banyak-banyak dan sentiasa mandi untuk bagi badan lebih selesa ya! Jangan lupa pakai sunscreen okay! Kesian kulit kita..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Argh! Bila Rambut Nak Panjang…. Asyik Kontot Je! 😭

Bersenam Atas Kerusi Sampai Patah? 😱