in ,

Panas Betul Sekarang, Ini Cara Jimat Untuk Rasa Lebih Sejuk

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Panas betul cuaca semenjak dua tiga hari ini ya, duduk dalam rumah pun masih panas lagi. Takkan nak kena pergi shopping mall baru boleh rasa sejuk?

Tak dinafikan bahawa cuaca di luar sekarang ini memang panas. Bila duduk melepak depan rumah pun rasa tak sanggup, baru duduk sekejap dah berpeluh. Apa solution yang korang boleh lakukan dibrumah? Mandi air sejuk? Sebenarnya ada beberapa cara yang kita boleh lakukan pada musim panas ini untuk menyejukkan badan serta kawasan sekeliling bilik atau rumah. Dah ready nak rasa sejuk dengan cara sendiri? Check it out okay guys.

BEKUKAN BANTAL ATAU SELIMUT

Tradisi Letak Bantal Atas Peti Sejuk Untuk Bawa Tuah - Raja Lepak
Sumber gambar: Rajalepak

Bunyi macam tak logik.. macam mana nak kasi bantal dengan selimut beku? Caranya mudah je guys, korang tak perlu bekukan bantal dengan selimut sehingga keras jadi ais. Cukup sekadar biarkan ia rasa sejuk pun dah memadai. Letak sahaja dalam peti sejuk selama beberapa minit Β sebelum korang tidur.Β Nak bagi lagi best, korang kena gunakan sarung bantal jenis sutera atau satin kerana kedua-dua bahan itu akan menjadi sejuk dengan lebih cepat. Ingat, jangan sampai beku jadi ais pula ya.

AIRCOND BUDGET JE SIS

Susah Tidur Bila Malam Panas? Ini 10 Cara Mudah Nak Sejukkan Bilik ...
Sumber gambar: Selongkar 10

Di rumah tak ada air-cond no problem sis and bro sekalian sebab sebenarnya kita boleh DIY sendiri air-cond budget ya. Tak perlu gunakan banyak elektrik pun, cukup sekadar sediakan ais, bekas letak ais dan kipas sahaja. Caranya tuangkan ketulan ais ke dalam bekas besar dan letakkan ia di hadapan kipas. Korang akan rasa suasana sejuk dalam bilik. Lagi besar bekas ais, lagi sejuk korang akan rasa. Tapi make sure juga kipas yang digunakan itu berada dalam keadaan bersih sebab nanti takut korang sedut udara kotor pula. Kalau bilik korang kecil lagi cepat rasa sejuk, so kalau ais dah berkurangan boleh tambah lagi.

LETAK TUALA BASAH DI LEHER

Cara Membuat Penjaga Leher Sendiri: 5 Langkah 2020
Sumber gambar: Mustdothis

Biasanya tunggu demam baru nak letak tuala di dahi. Kali ini bila cuaca panas korang boleh gunakan kaedah ini. Nak lagi best letak sikit beberapa ketul ais dekat dalam kain tersebut. Make sure jangan bagi air basahan tuala itu melelah sahaja, nanti korang yang tak selesa nak tidur. Bagi basah lembab sikit pun sudah memadai, add on ketulan ais dan korang akan tidur dalam keadaan yang segar sambil rasa sejuk di leher. Jangan lambat bangun esok pagi pula.. lol!

NO MORE PAKAIAN GANTUNG

Penyidai Baju Diy Tempat Gantung Baju - Pagar Rumah
Sumber gambar: Pagarrumahunik

Bilik dah tak berapa nak besar, barang dalam bilik pula boleh tahan banyak juga. Tak campur lagi dengan baju dengan seluar yang bergantung gayut belakang pintu. Salah satu punca korang rasa bilik panas bila waktu malam ialah kerana pakaian yang bergantung itu sendiri. Bila terlampau banyak sangat pakaian bergantung di dalam bilik, ia akan menangkap haba yang mana akan membuatkan kawasan sekeliling rasa panas, lagi-lagi kalau bilik kecil. So after this kurangkan barang-barang yang tak diperlukan dalam bilik tokay guys!

Apa pun kita bersyukur sahaja dengan keadaan cuaca sekarang ini jika nak dibandingkan dengn negara luar sana. Ada yang tengah mengalami jerebu, letusan gunung berapi dan macam-macam lagi. Sesungguhnya Bumi kita sedang dalam keadaan tenat…

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Trend Cara Makeup K-Idol 2020

Berkat Kesabaran, Akhirnya TREASURE Debut Dengan Lagu ‘BOY’