in ,

Pakaian Ketat Boleh Buat Badan Berubah Bentuk

Sumber gambar: Faya Lunaria

Olla girls! Korang ingat tak haritu kecoh sekejap dekat social media bila bintang terkenal, Kim Kardashian West tampil dengan pakaian ketat siap berkorset waktu Met Gala 2019? Waktu tu ramai orang persoalkan pemakaian dia sebab nampak sangat tak selesa dan seolah-olah menyeksa badan.

Image result for kim kardashian met gala 2019
Sumber gambar

At the same time, Kim Kardashian pun ada mengakui yang dia tak boleh nak duduk dan kencing waktu pakai baju tu sebab terlampau ketat. BTW korang tahu tak sebenarnya ada beberapa kesan negative kalau kita selalu pakai pakaian ketat dan antaranya ialah,

GANGGU KESIHATAN PERUT DAN TULANG BELAKANG

Image result for sakit tulang belakang
Sumber gambar

Setakat baju ketat tak ada masalah pun, tapi kalau pakai korset sampai nampak pinggang macam kerengga tu sebenarnya akan memudaratkan kesihatan perut korang. Ia akan menyebabkan keradangan esofagus iaitu organ yang terdiri daripada tiub berotot yang akan salurkan makanan ke perut. Just imagine kalau saluran tu tersumbat, macam mana nak salurkan makanan? At the same time korang pun akan rasa sakit dekat bahagian tulang belakang sebab terpaksa duduk atau berdiri tegak sepanjang masa.

PENYAKIT MERALGIA PARESTHETICA

via GIPHY

Penyakit ni akan jadi bila terdapat tekanan yang tinggi dekat bahagian tisu keliling saraf belakang. Saraf ni bertindak sebagai penerima rangsangan deria dekat permukaan luar paha. Korang akan rasa sakit macam sengal-sengal atau macam terbakar. Biasanya ia akan jadi bila terlampau selalu sangat pakai skinny jeans yang buatkan kawasan paha terima tekanan yang tinggi. Sekali sekala tu bebaskan la paha korang daripada terus ‘lemas’.

ANGGOTA BADAN RASA TAK SELESA

via GIPHY

Just imagine kalau korang pakai bra saiz besar atau kecil… Mesti akan rasa tak selesa kan? Bila bra terlampau ketat, breast kita akan terima tekanan yang kuat dan tak terkejut kalau one day breast korang berubah bentuk ya. Bila jadi macam tu, korang akan rasa sakit bahu, leher dan punggung sebab berat dekat breast tak dapat ditampung dengan betul.

GEJALA LAIN

via GIPHY

In case one day korang dah terlampau selesa sangat pakai seluar ketat atau korset dan tiba-tiba rasa sakit, better terus jumpa dengan pakar. Tak mustahil yang korang akan alami rasa sakit perut bila pakai seluar skinny jeans, ruam dekat kulit, masalah pencernaan, sakit bahagian leher dan punggung. Semua tu disebabkan ‘penderitaan’ yang dialami oleh badan korang.

Kata orang lebih baik mencegah daripada merawat kan? Better kurangkan penggunaan pakaian ketat lepas ni. Nak pakai tu tak salah tapi sometimes bagi la badan kita bernafas dengan selesa. Cantik tu cantik juga tapi jangan sampai mudarahkan kesihatan ya girls.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lelaki Rambut Panjang Nampak Lebih Hot?!

Kehidupan Sebenar Sebagai Kpop Idol #Realiti