in ,

Pakai Tudung Rambut Busuk? Eeeww!

Sumber gambar: The Varsity Magazine

via GIPHY

As a hijabis mesti ada alami masalah nak pilih syampu rambut kan? Kadang-kadang main beli je syampu yang langsung tak sesuai untuk kulit kepala.. lepas tu rambut makin rosak! Aiyoo, lepas seharian pakai tudung mesti kita rasa lega sangat bila dapat basuh rambut guna syampu yang sesuai dengan kulit kepala! Harini Ainaa nak bagi tIips sikit macam mana korang nak pilih syampu dengan betul!

ANTI KELEMUMUR

Sumber gambar: ProductNation

Masalah kelemumur ni memang tak akan selesai tak kisah la lelaki atau perempuan, bertudung atau free hair! Memang banyak pilihan syampu anti kelemumur dekat pasaran, tapi tak semua sesuai dengan kita.. Kadang tu pakai yang anti kelemumur tapi lagi bertambah tebal pula kerak kelemumur sebab salah pilih produk. Jangan ingat kita pakai tudung, orang tak tahu yang ada kelemumur ‘menyorok’ dekat dalam tudung tu.. #Lunagirls boleh beli syampu kelemumur trial pack untuk cuba dulu sesuai atau tak dengan kulit kelapa okay? Jangan beli besar terus, rugi nanti!

RAWATAN RAMBUT ROSAK

Sumber gambar: Medium

Walaupun kita pakai tudung, tapi kena jaga rambut supaya tak rosak tau! Kalau rambut korang rosak atau bercabang, make sure potong dulu bahagian yang rosak tu dan cari syampu yang dikhaskan untuk masalah rambut rosak. Jangan lupa pakai conditioner juga tau sebab ia boleh tolong dan jadi ‘ubat’ tambahan untuk baiki rambut!

RAMBUT BERWARNA

via GIPHY

Kalau ada antara #Lunagirls yang inaikan rambut dan pakai tudung, korang tak boleh campur syampu untuk rambut berwarna dengan shampu yang lain tau! Takut nanti rambut akan jadi rosak dan warna rambut jadi luntur.. Bukan tu je, nanti PH level kulit kepala pun akan jadi confuse sebab dalam syampu tu ada bahan yang dikhaskan untuk pengguna yang mewarnakan rambut sahaja! Haha! Lepas ni pastikan pakai syampu mengikut keadaan rambut tau..

RAMBUT BERKILAT

via GIPHY

Untuk #Lunagirls yang tak ada masalah rambut, korang boleh cuba syampu ni! Syampu jenis ni juga ada vitamin tambahan untuk maintain kecantikan rambut korang tu! Kalau rambut okay, jangan pakai syampu kelemumur, syampu rambut rosak atau syampu berwarna.. nanti daripada tak rosak rambut tu, terus bermasalah! Alamak!

via GIPHY

Girls, walaupun kita ni bertudung pun tak semestinya tak perlu jaga rambut! Kita kena pastikan rambut sentiasa wangi, tak bau busuk yang sampai boleh buat orang lain tak selesa. Now, korang hanya perlu pilih syampu yang sesuai je! Kalau boleh jangan kongsi syampu dengan adik beradik tau.. setiap orang ada keadaan rambut yang berbeza!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lepasan SPM 2018 Kena Ingat Tarikh Ni!

Wakil Marching Band? Cheerleader? Korang Memang Power!