in , ,

Pakai BB Cream Ke Salutan Tepung Jagung? 😱

Sumber Gambar: https://www.redbookmag.com

#Lunagirls, siapa dekat sini suka pakai BB cream? Kalau korang nak tau, BB cream ada bermacam formula macam foundation, moisturizer, sunscreen, sesuai sangat kalau guna hari-hari. Erm! Tapi girls, pakai BB cream pun kena tengok kulit juga, tak boleh main beli je. Ini Ummi list kan senarai BB cream mengikut kesesuaian kulit muka.

KULIT BERMINYAK 

Sumber Gambar: https://www.preview.ph

Bagi korang yang mempunyai kulit berminyak, korang disarankan menggunakan BB cream dengan label oil-free. Walaupun ia mempunyai bahan yang mengawal minyak di muka, tapi kalau boleh pakai sikit je tau girls sebab BB cream ini ada pelembab tersendiri, jadi takut akan terlebih minyak.

KULIT KERING

via GIPHY

Ha! BB cream ini memang sesuai untuk girls yang mempunyai kulit kering. Kalau #Lunagirls ada masalah dengan makeup crack everytime pakai, BB cream akan buatkan makeup korang rata je. Jadi bila nak beli BB cream itu, make sure hyaluronic acid and glycerin tau, bukan setakat kulit lembab malah awet muda gitu haha.

KULIT KUSAM

Sumber Gambar: https://profhariz.com/

Bencikan bila nak keluar tapi kulit nampak kusam, tak bermaya je. Nak pakai foundation takut over sangat. Alahai! Jangan risau girls, pakai je BB cream with glowing effect. Kandungan vitamin C mampu mencerahkan kulit muka korang tau.

KULIT SENSITIVE

via GIPHY

Bagi girls yang kulit sensitive, korang kena berhati-hati memilih product. Korang disarankan pilih product yang bebas dari pewangi dan bahan kimia untuk elakkan kulit meradang. Check dekat label belakang “No Fragrance, Free Paraben”, baru beli. Ingat ya girls!

Ha! Take note tau girls sebelum beli BB cream. Jangan pilih BB cream yang salah, takut rosak kulit muka #Lunagirls. Nanti muncul pula tiny bump ataupun jerawat. Oh noooo! Kalau korang nak tahu Ummi guna produk dari BB cream dari Korea, sebab Ummi nak kulit macam BINGTAN boys! Wow, hihi.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dah Besar Girls Crush Kita Ni Ya~

Menari macam K-Idol Kegemaran? Let’s Berdansa