in ,

Pakai Barang Pre-Loved? #MaluApaBossKu

Sumber Gambar: http://prestigeonline.com

Happy Sunday Girls! #Lunagirls  pernah tahu tentang pre-loved items tak? Pre-loved adalah barangan terpakai yang masih elok untuk digunakan! Contohnya beg sekolah lama yang masih elok, tapi korang dah ada beg baru.. tapi sayang nak buang beg lama.. Haa! Beg sekolah lama tu jadi barangan pre-loved korang yang boleh di jual pada orang lain! Hehe! Harini LUNARIA nak share tips and tricks beli barangan pre-loved!

SIZE

via GIPHY

Kalau korang beli dekat kedai bundle, korang boleh cuba sebelum beli.. Tapi kalau beli secara online macam mana? Kebiasaan seller online akan letak “Free size”, bila letak macam tu orang akan confident untuk beli.. tapi #Lunagirls perlu tanya dulu measurement barangan tersebut! Takut nanti dah sampai terlalu kecil dah tak berbaloi beli!

KUALITI

via GIPHY

Yes! Kualiti penting tau #Lunagirls walaupun korang beli barang preloved sebab ni hak kita sebagai pengguna! Tapi korang pula janganlah harap condition barang  macam baru ya.. dah nama pun preloved. Hehe! At least barang tu masih boleh diguna pakai dah cukup memadai..

HARGA

via GIPHY

Harga penting dalam pembelian barang preloved! Kalau kita tengok harga barang dengan keadaan barang tak bersesuaian, kita cubalah deal dengan penjual untuk dapatkan diskaun sedikit. Kalau barang tu beza 2, 3 ringgit dengan yang baru… baik kita beli baru je kan?

GAMBAR

via GIPHY

Kebiasaan seller yang jual online ni, dia akan gunakan the original picture barang tu.. tapi hak korang sebagai pengguna boleh untuk minta the actual picture! Minta setiap details tentang barang yang korang nak beli tu, jangan nampak lawa terus beli tau #Lunagirls!

Lepas ni #Lunagirls lebih berani tak nak beli baju pre-loved? Barangan preloved ni bagus tau sebab korang boleh berjimat dan dapat bertukar-tukar outfit setiap kali keluar! Dan kadang-kadang barangan pre-loved banyak yang rare.. so orang lain tak ada, kita je ada! Barulah lain daripada yang lain!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Hot Spot’ Dalam Drama Korea #Lunagirls Harus Usha!

Tak Sihat Tapi Tak Nak Makan Ubat? Ini Tricks Dia!