in ,

Outfit Paling Selesa Korang Boleh Gayakan Walaupun Duduk Rumah

Sumber gambar: twitter.com/jimanfc1306

Di saat tengah pandemik wabak Covid 19 ini. Sudah pasti kita semua memang terang dan nyata di rumah sahaja kan sebab tak nak virus itu tersebar. Jadi, selama aktiviti kita di rumah, sudah pasti kita nak duduk rumah dengan selesa kan? Jadi outfit yang selesa memang sangat penting untuk kita jalankan aktiviti macam biasa dengan baik. Nak belajar, movie marathon, kemas rumah, memasak dan sebagainya. Hmm, baju apa pula yang sesuai ya untuk stay at home ini? Jom kita tengok mana yang paling #ONZ! untuk korang!

OVERSIZED HOODIE

Sumber gambar: poshmark

Disebabkan oversized hoodie ini saiznya memang besar sangat. Memang sesuai sangat untuk korang pakai untuk duduk rumah dan tonton movie atau drama di Netflix. Oh! Sebelum itu, ambil lah banyak snek, ais krim, popcorn dan segala makanan untuk korang lakukan sesi menonton secara berjam-jam nanti. Memang selesa sangat!

SPORTY OUTFIT

Sumber gambar: fashionista

Gayakan sebarang sporty outfit sepanjang duduk di rumah pun memang paling nyaman. Sporty outfit ini terpulang pada korang, ada yang suka pakai pendek dan ada yang panjang. Tergantung cuaca juga sebab sekarang ini cuaca kalau panas, panas sangat dan kalau hujan itu memang sejuk sangat kan. Jadi ikut keselesaan korang sebab sporty outfit ini kan ada yang nipis ada yang memang khas untuk keluar peluh juga.

PAJAMASΒ 

Sumber gambar: fashionista

Pakaian yang paling mudah untuk kita sebab rasanya mesti ramai yang asyik ulang pakai pajamas di rumah sepanjang Covid 19 ini kan? Kalau korang memang jenis yang makan, tidur, Netflix, tidur semula dan tidur lagi dan lagi. Memang pajamas adalah outfit paling tepat untuk korang! Hehe!

BAJU KELAWAR

Sumber gambar: erinsakura

Antara pakaian nombor satu pilihan orang Malaysia! Baju kelawar memang sangat selesa untuk kita semua sebab dah lah besar dan longgar. Sesuai untuk kita masak, nak duduk sapu rumah, bersihkan rumah, Netflix, tidur dan lain-lain. Jaga-jaga kaum perempuan semua sebab sekarang ini dengar cerita kaum lelaki pun dah cuba untuk pakai baju kelawar sebab mereka baru tahu yang baju kelawar ini memang sangat selesa, siap ada yang nak borong lepas tempoh kuarantin nanti tau! Haha!

Jadi, korang selalu pakai outfit yang macam mana sewaktu Covid 19? Macam Zoe, oversized hoodie and sporty outfit adalah gaya yang paling selesa untuk Zoe di rumah. Cuba share dengan kami korang punya stail waktu di rumah dan aktiviti apa saja yang korang buat sepanjang tempoh stay at home ini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Nak Buat Kalau Lupa Berapa Hari Tak Ganti Puasa?

Cara Buat Diri Rasa Happy Bila Lama #DudukRumah