in ,

Outfit Idea Untuk Keluar Dating!

Sumber gambar: Instagram Nurleesa / Instagram Adlinasuhaimi

Wow seronoknya dah mula cuti sekolah! Tak sabarnya nak keluar lepak dengan crush weekend nanti! Tapi tak tahu pula nak pakai apa bila keluar dengan dia!

Perghhh! Untunglah dapat keluar dating dengan crush weekend ini! Tak semua orang dapat peluang lepak dengan crush tau. Korang boleh dikatakan antara yang bertuah sebab dapat grab peluang keemasan seperti ini. Dalam rasa excited, ada yang pening tak tahu nak dress up macam mana since this is your first date with him? Kita kenalah nampak cantik depan mata si dia, baru dia boleh terpikat. Mana tahu lepas balik lepak terus dia ajak couple. Yass! Hari ini LUNARIA akan bagi sikit idea supaya korang boleh mix and match nanti!

CASUAL LOOK, BARU CUTE

View this post on Instagram

#kiehlsmadebetter

A post shared by Leesa (Not Lisa) (@nurleesaaa) on

First date mungkin korang akan pergi tempat yang tenang-tenang betul tak? So casual look memang sangat sesuai. Korang boleh dress up ala ala nak pergi road trip dengan menggayakan seluar jeans, blouse bunga-bunga dan sandal! Simple but still cute di mata si dia. Gaya macam ini akan buat korang rasa lebih selesa, tapi nak lagi best pakai sikit aksesori seperti subang atau rantai. Mix and match sekali dengan jam tangan warna pastel, baru nampak kelembutan dalam diri, sweet! For those yang bertudung, korang boleh pakai tudung plain je. Kalau korang nak pakai skirt pun okay juga, tapi jangan pakai skirt kembang semangkuk, cukup jenis yang flowy pun okay juga.

MIX AND MATCH APA YANG ADA DALAM ALMARI

View this post on Instagram

A post shared by CAMILIA NOH (@camiliaaaaa_) on

Susah sangat nak fikir tentang baju, tudung, seluar dan kasut? Tak payah pening-pening, korang godek-godek je apa yang ada dekat dalam almari. Kalau rasa ada yang sesuai, just mix and match saja ikut taste korang. Minta pendapat your BFF juga, mana tahu mereka boleh tolong pinjamkan baju ke? Make sure combination semua masuk, jangan pula pakai baju kotak-kotak lepas itu seluar palazo kotak-kotak warna hitam putih pula. Itu bukan setakat crush korang je yang segan, korang sendiri tengok pun boleh segan juga nak jalan dekat luar, haha! Kalau baju dah bercorak, elakkan pakai seluar atau baju bercorak juga. Pilih satu je yang bercorak okay, takut nanti berserabut sangat.

NAK IKAT RAMBUT KE TAK? TUDUNG NAK BUAT GAYA APA?

Sumber gambar: Instagram Tyra / Instagram Sharifah Rose

Fuhh, ini pun nervous juga tak tahu which one. For those yang free hair, takkan nak ikat tocang kuda? Korang bukan nak teman mak pergi pasar tau, tapi pergi keluar dating dengan crush! Kenalah letak effort lebih sikit nak gayakan rambut. Depends nak ikat atau lepaskan je rambut sebab korang dah buat curl sikit dekat bahagian bawah, baru nampak cute! Untuk hijabis pula, mesti korang pun pening dan tak tahu nak buat gaya tudung macam mana betul tak? Takkan nak pakai shawl atau tudung bawal gaya yang sama macam yang korang biasa pakai? Tak ada kelainan la bila jumpa dengan si dia. Waktu ini korang boleh try gaya tudung baru, pusing sana sini. Banyak je tutorial shawl dan bawal yang ada dekat YouTube, tengok mana yang korang berkenan. Asalkan buat gaya yang berlainan okay?

KASUT PULA MASALAH, PAKAI SELIPAR SAJALAH!

Image result for selipar rempit
Sumber gambar: twipu

Ehh, jangan macam-macam ya girls! Selipar is a no no no! Lagi-lagi kalau jenis selipar berbulu-bulu atau tapak tebal! Please jangan pakai, sangat tak sesuai kalau nak pergi jumpa si dia. Korang pakai something yang selesa. Pemilihan kasut penting juga sebab kalau korang pakai kasut yang tak sesuai, akan rasa tak selesa. Let say pergi dating dekat Taman Botani Negara, tapi korang pakai high heels pula! Sepatutnya pakai sandal atau sport shoes yang sesuai. Si dia nak ajak kayuh basikal pun serba salah sebab takut kaki korang melecet atau cedera. Kena tahu juga tempat yang korang nak pergi, baru boleh pakai kasut yang sesuai.

Pening lagi tak girls? Atau korang dah ada banyak idea untuk digayakan weekend ini? Aduhh, sis pula yang rasa excited! Jangan sampai sis ajak crush pergi dating dekat Taman Botani ya weekend ini, nak juga kayuh basikal dekat sana lepastu buat-buat jatuh supaya si dia boleh angkat, opss! Apa pun, pakai saja apa-apa yang penting korang rasa selesa dan be yourself! Jangan disebabkan nak impress si dia, korang sampai nak habiskan duit untuk beli baju baru! Good luck girls, semoga korang dapat curi hati si dia.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perangai Lelaki Yang Buat Hati Girls TERCYDUKK

Single Itu Tanda Kita Tak Laku? Seriously?