in ,

Orang ‘Rare’ Kita Perlu Minta Maaf Sebelum Masuk Exam

Sumber gambar: mynewshub.tv

Musim peperiksaan sudah tiba! Dan apa lagi? Korang dah ready? Mesti ada antara korang yang dah banyak buat preparation awal, betul tak? Tapi biasanya, kalau sebelum tiba hari peperiksaan perasan tak yang kita selalu akan minta maaf, minta restu dan doa mak dan ayah kita sebab doa dan restu mereka sangat mainkan peranan untuk kita berjaya.

Korang tahu tak yang sebenarnya ada ramai lagi orang yang korang perlu minta maaf, doa dan restu mereka selain mak dan ayah?

Okay, kali ini LUNARIA akan kongsi kepada candidates SPM, dengan siapa lagi sebenarnya kita perlu jumpa supaya hati lebih tenang waktu exam nanti.

SAUDARA

Sumber gambar: oakleighschool.co.uk

Ya! saudara awak yang lain-lain. Yang utama adalah kakak, abang dan adik korang sebab kita tak tahu mungkin waktu tengah bergaduh sebelum hari peperiksaan itu mereka ada terguris hari dan harapkan sesuatu terjadi supaya korang gagal dalam exam? Jadi pergilah jumpa mereka untuk minta doa dan restu. Selain itu, pakcik makcik korang pun perlu ya sebab doa-doa mereka juga akan membantu untuk kita tenang jawab exam. Mereka ibarat ibu dan bapa kita yang kedua ketiga dan seterusnya.

CIKGU TUISYEN

Sumber gambar: sinarharian.com.my

Cikgu di tempat tuition kadang-kadang kita selalu lupa, betul tak? Kebiasaannya kita akan jumpa cikgu di sekolah yang mengajar kita sahaja betul tak? Why not, kali ini kita utamakan mereka dan minta maaf pada cikgu tuisyen. Mana tahu  mungkin kita ada terguriskan hati sebab tertidur waktu mereka mengajar malam-malam itu? Jom hargai cikgu tuisyen kita juga.

KAWAN-KAWAN

Sumber gambar: idntimes.com

Walaupun kawan-kawan berada di journey yang sama dengan kita, tak salah juga untuk kita saling bermaafan dan minta doa dan restu sama sendiri. Boleh saja untuk buat seperti itu sebab kita tak pasti sama ada sepanjang menimba ilmu bersama-sama ini ada yang terasa waktu buat kerja kursus ke, buat homework atau lain-lain. So, saling mendoakan satu sama lain amatlah digalakkan.

MUSUH

Sumber gambar: quickmeme.com

Untuk korang yang rasa dirinya ada musuh, dah tiba masanya untuk bermaafan dan doakan satu sama lain supaya sama-sama berjaya dunia dan akhirat. Dah nak dekat hari peperiksaan, bawa-bawalah berdamai. Mana tahu selepas habis sekolah nanti korang terserempak di universiti yang sama? Mungkin korang boleh jadi kawan dan kita tak tahu sama ada mereka adalah best friend kita pada masa akan datang? Bukankah itu lebih baik dan seronok?

PAKCIK GUARD

Sumber gambar: thevocket.com

Dia yang selalu jaga sekolah dan ada setengah dari mereka yang akan teman pelajar waktu tengah tunggu mak, ayah atau bas datang jemput. Lebih lagi siapa yang rapat dengan pakcik guard sekolah, korang boleh saja nak minta doa dan restu mereka supaya dipermudahkan jawab peperiksaan nanti. Mana tahu doa mereka antara salah seorang yang akan dikabulkan untuk korang berjaya dalam peperiksaan nanti? Doa orang tua sangat berharga!

Jadi sudah nampakkan siapa lagi orang yang perlu korang jumpa untuk minta maaf, minta restu dan doa selain mak dan ayah? Semua ini kalau tak sempat jumpa pun tidak apa, awak boleh saja call atau WhatsApp! LUNARIA doakan semoga korang berjaya dalam peperiksaan SPM okay! Kami pasti awak boleh buat sehabis baik dan kalau korang dah usaha sebaiknya akan berjaya! Goodluck and all the best! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Nak Buat Bila Parents Selalu Tipu

Main TikTok Pun Boleh Ancam Keselamatan Negara?