in , ,

Orang Gastrik Tak Boleh Berpuasa?!

Sumber gambar: https://www.honestdocs.id/menu-buka-puasa-untuk-maag

Arghhh!, sakit perut, ni mesti gastrik, nak makan ubat tapi sayangnya nak berbuka. Tinggal beberapa jam je lagi..

Di permulaan Ramadan, biasanya segala penyakit akan keluar, sebab kita baru nak melatih perut  untuk berlapar disiang hari. Sebab tu girls, kita digalakkan untuk berpuasa sebelum Ramadan, supaya bila “Ramadan tiba, Ramadan tiba”. Eh! Ternyanyi pulak, hihi. Bila tiba bulan Ramadan korang akan lebih bersedia. Tak la penyakit-penyakit ni datang!

 

GASTRIK

Sumber gambar: https://www.sitarambhartia.org/blog/internal-medicine/how-to-cure-gastric-problem-permanently/

Sebenarnya gastrik ni tak jadi penghalang pun untuk korang berpuasa. Pakar Gastroentrologi dan Hepatologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Dennis Khoo Yeap Teng berkata, bila kita berpuasa perut kita akan rehat dan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Tapi tak boleh main bedal je makan semua makanan bila waktu berbuka, terutamanya makanan berasid macam limau, oren. Seeloknya lebihkan makan buah kurma, sup dan sayuran. Elakan juga makanan bergoreng sebab ia boleh menjejaskan kelancaran sistem pencernaan korang. Korang juga digalakan untuk cepatkan waktu berbuka dan lewatkan sahur.

SAKIT KEPALA

Sumber gambar: http://guyanachronicle.com/2015/08/29/the-dentist-advises-your-mouth-can-cause-headaches

Bila time puasa, kita mesti tak boleh nak elakkan untuk rasa sakit kepala kan? Mengikut Doktor Elliot Shevel, ketua South African Headache Society, sakit kepala boleh menyerang mereka yang berpuasa walaupun kita tak ada sejarah sakit kepala seperti migrain. Haa kalau #Lunagirls nak tau, sakit kepala ni terjadi disebabkan kurang gula dalam badan. Ye la, kalau hari-hari biasa korang dah biasa makan benda manis, minum minuman berkafein. Kalau tak dapat sehari tu, pening dia lain macam. Keletihan dan stress juga boleh menyebabkan korang sakit kepala waktu berpuasa. kalau boleh lebihkan rehat dan make sure tidur korang cukup.

SEMBELIT

Sumber gambar:
https://nolimitsfitnessfl.com/what-to-eat-if-you-get-constipated/ss-constipation/

Benda ni adalah perkara yang sering dialami time bulan puasa. Sebab bila korang bantai banyak sangat makanan waktu berbuka, tu yang buat kan ia susah nak keluar. Dr Mohd Radzniwan A Rashid berkata kurang minum air masak dan kurang makan makanan yang banyak serat, boleh menyebabkan sembelit. Apa kata waktu berbuka tu mulakan dengan buah-buahan macam kurma, betik dan juga sayuran. Baru la senang nak membuang esok pagi.

BAU MULUT

Sumber gambar:
https://www.adamsdentalnj.com/oral-health/bad-breath-causes-remedies/

Waktu berpuasa ni, selalunya nafas kita akan berbau dan ada lapisan putih pada gigi dan lidah yang keluarkan bau yang tak sedap. Sebab time puasa ni , air liur dalam mulut akan berkurangan sampai mulut menjadi kering. Untuk kurangkan bau tak best tu, berus gigi dan makan makanan yang boleh hilangkan bau mulut macam apple, sengkuang, dan lobak merah. Selain dapat hilangkan bau mulut, ia juga dapat memberi vitamin pada kita.

So #Lunagirls, jangan disebabkan sakit, korang tak berpuasa tau? Dah la puasa ni sebulan je, tak kan tu pun korang nak ponteng juga, hihi..

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Si-Pemalas Wajib Tahu Perkara Ini!

Berbuka Dengan Crush Dekat Depan Masjid?