in , ,

Oppa.. Unnie.. Annyeong.. Tu Je Ke Yang Kena Tahu?

Sumber gambar: http://littleangelwish.blogspot.com

Siapa antara #Lunagirls fans of K-Idol dan K-Drama? Fuh! Mesti dah master bahasa Korea kan? Untuk korang yang baru nak cuba layan K-Idol dan K-Drama atau menyimpan niat nak belajar bahasa Korea, jom ikut tips yang Ummi nak kongsikan ni.. Senang je girls and yang paling penting free of charge, tak payah keluar duit! Yay!

TENGOK DRAMA KOREA

Sumber Gambar: http://farlisz.blogspot.com

Bagi yang biasa tengok drama Korea, korang mesti dah terbiasa dengan perkataan mudah seperti oppa, unnie, kamsahamnida atau juseyo kan? Kadang dengar je dah faham apa maksud, tak payah tengok subtitles! Power! Sebab tu untuk beginner yang nak belajar, korang kena rajin dan fokus dengan ayat yang di sebut dan ‘tangkap’ kosa kata yang digunakan! Nanti sedikit demi sedikit, lama-lama korang akan mula faham.. Lagi banyak drama #Lunagirls tengok, lagi mudah nak hafal!

BERBUAL DENGAN ORANG KOREA

Sumber Gambar: https://www.edisiviral.com

Ha! Bila korang dah ada sikit skill bercakap dalam bahasa Korea, apa kata korang asah percakapan dengan cuba untuk borak dengan orang Korea! Sebab kalau korang salah, mereka akan tolong betulkan dan ajar dengan cara yang betul.. Lagi mudah dapat one to one learning session dengan orang Korea! Hmm, korang ada kawan Korean tak? Sudilah kenalkan dengan Ummi! Hihi!

DATANG KE ACARA KOREA

Sumber Gambar: http://www.hiphippopo.com/

#Lunagirls tak ada kawan Korea lagi? Apa kata korang rajinkan diri pergi ke event Korea yang diadakan di Malaysia! Selain dapat belajar bahasa Korea, korang juga boleh belajar budaya mereka dan belajar benda menarik tentang Korea! Korang pasti akan jatuh cinta dengan orang Korea.. eh tak, dengan keunikan negara Korea maksud Ummi! Hehe!

BERLATIH DENGAN GIRLS SQUAD 

via GIPHY

Girls squad pun minat Korea? Kalau macam tu lagi senang #Lunagirls nak ajak girls squad korang sama-sama belajar bahasa Korea! Cuba hafal dan berlatih sembang dengan kawan-kawan korang! Mesti fun girls! Lagi-lagi kalau keluar outing, cakap bahasa Korea mesti orang sekeliling akan macam wow! Gempaknya group ni! Hihi!

Ha! Ini adalah empat cara mudah untuk korang boleh belajar bahasa Korea secara semula jadi tanpa mengeluarkan duit! Dan cara lain yang korang boleh buat pula adalah, dengan download few learning apps in your smartphone. Kan orang kata life more easier with smartphone, gitu! #Yas

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jam Besar.. Jam Kecil.. Tapi Selalu On Time Tak?

Asyik Main PUBG Je, Jom Main Riddle Pula!