in ,

Oppa Taehyung BTS Pakai Baju Batik!

Omo omo omo! Cutenya oppa Taehyung pakai baju macam baju batik PIBG! Hehe

Dalam banyak-banyak corak baju yang ada, kebetulan corak baju yang dipakai oleh salah seorang anggota kumpulan BTS, Taehyung menyerupai baju batik yang dimiliki oleh cikgu kita dekat sekolah!

Sumber gambar: Twitter

Baru-baru ni BTS ada buat performance dekat Jepun sebagai salah satu tribute untuk ARMY yang selama ni tak pernah penat untuk sokong kegiatan seni mereka. Tapi apa yang paling mencuri tumpuan waktu tu ialah baju yang dipakai oleh Taehyung!

Ramai yang setuju corak baju yang dipakai oleh Taehyung tu sebijik macam baju batik student MRSM dan baju batik yang selalu cikgu pakai waktu hari Khamis tu. Tapi bila tengok lama-lama memang ada gaya baju batik PIBG juga tau, haha!

Tapi dalam kita cakap baju tu macam baju batik cikgu, harganya jauh lagi mahal berbanding baju yang korang student MRSM pakai tau! Baju tersebut dijual dengan harga RM4300! Boleh beli iPhone 11 Pro Max la!

Rasanya maybe mereka boleh datang ke Malaysia dan borong baju batik ni banyak-banyak kot! Baru style perform pakai baju batik! Hehe!

Rasanya mesti kualiti baju yang digayakan oleh Taehyung tu tak sama dengan kualiti yang dijual dekat sini. Mesti lagi selesa dan lembut je kainnya. That’s why la mahal kan. Tapi apa pun, kita as rakyat Malaysia mesti la rasa bangga sebab ada orang luar pakai baju batik kebanggan kita! Kira tumpang populariti juga la, huhu!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Spot Boek Untuk Ambil Gambar Profil

Awek TikTok Copy Paste Muka Ariana Grande