in ,

Oppssie! Minat Artis Jangan Sampai Kecewa…

Sumber gambar: Sweety High

Olla #Lunagirls! Hmm, korang ada tak fanatik dengan artis sampai terlalu obses? Sometimes sampai sanggup keluar banyak duit semata untuk jumpa mereka? Tak kira la artis tu dari Malaysia atau International sekali pun.. Tapi pernah tak terfikir apa keburukan bila kita terlampau obses sangat dengan seseorang artis tu? Jeng jeng jeng…

KECEWA

via GIPHY

Yazzzz, korang akan kecewa! Maybe at one time artis yang korang suka dan obses umumkan dia ada girlfriend atau bakal berkahwin, haa mesti kecewa.. ‘like whyyyyy!’ #sobsob Ada yang akan  menangis 7 hari 7 malam dekat bucu katil nanti.. ops! Relaks #Lunagirls, ‘kumbang’ bukan seekor, eh! Hihi!

BUANG DUIT

Sumber gambar: Banking Exchange

Tak semestinya kita obses dengan artis lelaki je, ada juga yang obses terox dekat pelakon atau penyanyi perempuan sebab sikap dan penampilam mereka! Dah nama pun minat mesti kita nak nampak macam dia kan? Bila kita terlalu fanatik, ada yang sanggup habiskan beratus duit untuk buat rambut macam girl crush tu. Tak pun habis banyak duit semata untuk join tour mereka. Fuhh menangis sis kalau duit mengalir semata untuk someone yang tak tahu kewujudan kita.. huhu!

BANYAK BERANGAN

via GIPHY

Girls, korang mesti pernah imagine nak hang out dengan your favorite artis kan? Ada masa je mesti asyik termenung dan berangan spend time berdua pergi tempat best sambil selfie! Hehe! Lepas tu bila mak panggil suruh angkat kain, korang langsung tak dengar. Akhirnya kena marah sebab tak habis berangan dan syok sendiri. Hehe! Jangan amalkan selalu tau girls.

BUANG MASA

Sumber gambar: Jagran Josh

Balik sekolah menung gambar artis tu, lepas makan sambung lagi, nak tidur pun sebelum tutup mata… Gambar tu la yang ditatapnya. End up korang buang masa dengan benda yang tak berfaedah dan kerja sekolah pun tak siap. Haip! Elakkan selalu stalk artis tu supaya korang tak buang masa macam tu tau..

Tak salah pun sebenarnya kalau kita nak minat dekat artis ni tapi jangan la sampai lalai sebab mereka pun manusia biasa macam kita juga. BTW #Lunagirls ada minat dekat mana-mana artis tak? Share la sikit dengan LUNARIA siapa artis favorite korang!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Suka Tidur Meniarap? Watch Out Girls!

Lagi WIN BFF Pun Kaki Game!