in ,

Onz Teruk Bila Cik B Pakai Makeup!

Sumber gambar: https://www.instagram.com/cikb_havoc66/

Fuhhh, lain macam Cik B kesayangan ramai ni bila dia muncul as cover magazine last week! Biasa tengok Cik B pakai sweatshirt je, sekali tengok dia melaram haa, terkejut semua tengok.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen buat kejutan bila dia share gambar dia pakai makeup! Cantik manis je Cik B dalam gambar tu siap pakai makeup, lain daripada imej yang selalu dia gayakan sebelum ni.

Ramai netizen terkejut tengok kelainan yang diberikan oleh Cik B. Ye la, sebelum ni dia mana pernah pakai makeup, asyik dengan sweatshirt je. Hmm tapi sweatshirt Cik B pun bukan murah ya sis, beratus juga harganya. That’s why bila Cik B jadi cover majalah tempatan, ramai terkejut dan tak sangka yang Cik B boleh terima tawaran yang diberikan.

Sampai harini, seramai 90 ribu orang likes gambar yang di share oleh Cik B dekat Instagram milik dia. Ramai juga la yang tinggalkan komen positive dan ada juga yang berharap supaya Cik B boleh kekal dengan imej gegirl macam tu.

Tapi biasa la dalam ramai yang puji, mesti ada juga yang maki. Kebanyakan yang tinggalkan komen negative tu semuanya rasa yang Cik B tak sesuai dengan imej gegirl. Hello sis, Cik B tu kan perempuan, mesti la dia kena bergaya macam perempuan, takkan macam lelaki pula? Siap ada yang komen lagi cakap makeup Cik B tu tak cantik dan kelakar.

Haa, awak tu gelakkan makeup Cik B, dia gelakkan angka dalam akaun bank awak, huhu! Tapi bagi pendapat Ainaa sendiri, maybe sebab kita tak biasa tengok Cik B pakai makeup tebal, that’s why nampak lain je. Korang sendiri kalau pakai makeup, mesti muka nampak lain kan.

Mana tahu maybe lepas ni Cik B nak kekalkan imej macam ni ke, okay juga kan. Boleh la tengok live Instagram Cik B share barang-barang makeup yang dia pakai, haha! Korang pun boleh la juga suggest barang makeup yang best dekat Cik B.

Actually tak salah pun kalau someone tu nak cuba imej lain yang biasa dia gayakan. Jangan sebab awak tak pernah tengok someone tu pakai skirt, awak terus gelakkan dia sebab buat kelainan. Kita ni semua cantik je, antara tahu nak bergaya atau tidak je.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Girls React To Iklan Pelik Thai & Jepun | LUNAREACTS

Rutin Kita Boleh Buat Dengan #Sisters