in ,

Online Game Untuk Girls? Yay!

Sumber gambar: unsplash.com/photos/UIpb0e4WoPM

via GIPHY

Hai si cantik #Lunagirls! Korang suka main online games? Yay! Sama dengan LUNARIA! Hihi! For now, LUNARIA suka main PUBG dengan squad! Tapi harini LUNARIA nak share few games yang lebih santai korang boleh play and chill with your squad! Game on~~

EPISODE

Sumber gambar: appgrooves.com/publisher/761807761-Episode+Interactive

Pernah cuba main games Episode tak girls? Cara nak mainnya simple sangat dan korang sendiri akan kawal avatar yang dah dipilih tau! Yang best nya korang boleh makeover tukar baju, tukar style rambut, pilih kasut dan macam-macam lagi! Setiap hari akan ada surprise element dan siri yang berbeza contohnya siri misteri, love, friendship dan banyak lagi lah!

FARMVILLE

Sumber gambar: optihacks.com/farmville-2-country-escape-hack

Kalau #Lunagirls suka gardening, makan sayur dan buah-buahan, kena try game ni! Game Farmville sangat sesuai untuk korang sebab boleh design garden sendiri ikut kreativiti tau! Sebelum ni kalau nak main game ni kena download Facebook dulu, tapi sekarang game Farmville boleh download dekat Google store atau Apps Store. Senang kan?

GOOD PIZZA, GREAT PIZZA

Sumber gambar: kinguin.net/it/category/51556/good-pizza-great-pizza-steam-cd-key

Untuk #Lunagirls yang suka makan pizza, game ni korang kena main! Semasa tengah sediakan pizza tu, korang still kena peka dengan order customers sebab kalau pizza yang di buat tak sama dengan apa yang mereka order, nanti customers bagi tips sikit je! Opss!

CHARADES!

Sumber gambar: play.google.com/store/apps/details?id=com.fatchicken007.headsupcharades2&hl=en_US

Kalau tengah lepak dengan squad, #Lunagirls boleh try game ni! Mesti kelakar bila korang kena act hanya menggunakan body language sahaja untuk bagi kawan dapat teka! Haha! Dan dalam game Charades ada banyak jenis kategori yang korang boleh pilih okay girls! 

WEREWOLF

Sumber gambar: play.google.com/store/apps/details?id=mobi.mo61.Werewolf&hl=en_US

Werewolf game pun sesuai untuk #Lunagirls main dengan squad! Kalau masa study group korang stress atau tepu nak study, rehat kejap dan main game ni one round! Hihi! LLepas tu mesti korang akan rasa bertenaga balik! Yay!

So lepas ni #Lunagirls boleh cuba download and ajak squad main sama okay? Kalau dah cuba nanti, jangan lupa share experience dengan LUNARIA tau girls! Have fun~~

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Macam Mana Nak Hilangkan Bau Ni!

#LunaExplores: 5 Tocang Senang Untuk Ke Sekolah!