in ,

Online Class Diteruskan, Jom Elakkan Diri Daripada Terus Stress

Sumber gambar: Pinterest.com

Pagi petang siang malam asyik online class je, kerja sekolah pun banyak juga. Tak terkejar rasanya syllabus untuk tahun ni. Macam mana nak teruskan pembelajaran ni?

Apa khabar korang semua sekarang? Okay ke tak tu kena join online class je? Mesti korang penat kan? Tak mengapa, sekarang ni korang bersusah-susah dahulu okay. Mana tahu lepas ni korang dah boleh mudah ‘serap’ semua ilmu yang cikgu bagi bila dah dapat masuk sekolah nanti.

Memandangkan sekarang ni kita pun tak tahu bila agaknya tarikh rasmi tentang sesi persekolahan tahun 2020 ni. Mahu atau tidak, korang tetao kena teruskan pembelajaran secara online. Disebabkan itu mesti korang ada rasa stress sebab masih belum biasakan diri kan? Untuk itu, jom baca tips yang Ainaa nak share dengan korang.

INFORM AHLI KELUARGA

An Advisor's Role In A Family Meeting | Everplans
Sumber gambar: Everplants

Biasa la waktu kita nak online class, waktu tu la mak minta tolong sidai kain, ambil daun kari la itu dan ini. Tak termasuk adik yang suka kacau waktu korang buat kerja, nanti si kakak pula minta ambilkan parcel dia dekat depan pintu. Untuk elakkan korang mengamuk dan stress ketika online class, korang boleh la inform dekat semua ahli keluarga tentang jadual kelas korang. Mungkin kalau dah bagi tahu terlebih awal, mereka akan faham dan tak kacau korang lagi kan? Boleh juga jadikan alasan untuk suruh kakak yang buat kerja rumah, hehe!

PILIH LOKASI YANG SESUAI

via GIPHY

Kalau Ainaa, bila ada meeting je mesti akan cari port yang tak ramai orang atau port yang selamat. Maksudnya dekat sini ialah elakkan daripada berada dekat tempat yang mempunyai ramai orang. Let say adik korang tu jenis suka bermain dan buat bising dekat depan TV, korang jangan la duduk dekat situ. Cari lokasi lain contohnya dekat bilik atau luar rumah yang berada dalam keadaan sunyi. Elakkan duduk dekat dapur sebab nanti mak korang nak masak, korang pun sibuk nak makan sambil belajar pula. Dah tak focus pula kan.

SIAPKAN KERJA RUMAH DULU

Patutlah Ada Isteri Cukup Malas Nak Sidai Baju! - Mingguan Wanita
Sumber gambar: Mingguan Wanita

Bila dah dekat rumah ni mesti la mak korang akan minta tolong buat kerja rumah sikit, takkan korang nak duduk rumah sambil goyang kaki je kan? Sebelum online class mesti akan diberitahu oleh cikgu atau ketua kelas kan? Apa yang korang kena buat untuk elakkan diganggu ialah make sure siapkan dulu semua kerja rumah yang mak suruh. Contohnya sidai baju, kemas katil, basuh pinggan dan sebagainya. Bila dah siap semua kerja tu baru la korang boleh buat kerja dengan tenang, siapkan kerja sekolah dengan selesa dan tak ada sebarang masalah waktu tengah online class. Kalau tak siap kerja rumah memang kena bising la dengan mak tu, so korang pun tak boleh la nak marah kalau kena kacau kan.

JANGAN TANGGUH

via GIPHY

Kerja last week pun tak siap lagi, now ada lagi homework? Urghh malasnya!

Amboi merungut ya girls. No no no jangan la merungut dengan kerja sekolah tu. Semua tu kan untuk korang semua juga. Nanti yang pandai bukan cikgu, korang juga yang pandai. So untuk elakkan homework bertambah banyak, ada baiknya korang siapkan cepat. Nanti kalau ada homework baru, tak ada la rasa terbeban lagi. Kepala pun tak stress fikir kena siapkan banyak-banyak. Mana tahu tak lama lagi sekolah akan dibuka, lagi la susah korang nak siapkan semua kerja tu. That time nak menyesal pun dah terlambat ya sis

Jangan jadikan online class ni sebagai alasan untuk korang bermalas malasan ya. Tetap kena rajin walau apa pun dugaan yang ada. Semua ini demi masa depan korang sendiri okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Kata Tak Boleh Belajar Sambil Main Filter Instagram?

Diss Words K-Pop Fans Dah Lali Dengar Dan Malas Layan