in ,

Muka Cantik Tapi Almari Baju Bersepah.. Hmm..

Sumber gambar: Twitter

Semalam rasanya stokin ada dekat bawah almari… Ehh mana panties favorite ni? Kenapa anak tudung ada dekat dalam drawer baju pula? Alaaaa bersepahnya almari!!

via GIPHY

Haaa, tenang girls! Almari baju korang bersepah macam tempat pengumpulan sampah? Jangan risau okay.. sebab macam biasa la LUNARIA memang akan selalu ada dengan #Lunagirls untuk tolong korang settle masalah almari baju yang bersepah tu! Psst, semoga tips ni membantu! Hihi!

ASINGKAN PAKAIAN IKUT JENIS

via GIPHY

Firstly asingkan dulu pakaian korang ikut jenis… Contohnya, kalau baju kurung letak dalam satu bekas, T-shirt satu bekasΒ danΒ seluar satu bekas! Letak pakaian tu dalam bekas berasingan atauΒ khaskan satu laci untuk pakaian yang dah korang asingkan tu.. Got it girl?

LETAK PAKAIAN KECIL DALAM SATU BEKAS

via GIPHY

Panties, bra, stokin, singlet, anak tudung dan semua barang-barang kecil dalam satu box supaya tak bercampur antara satu sama lain. Nanti tak ada la korang pening nak cari panties dekat tempat yang tak sepatutnya.. Lagi pun tak tercicir nanti! Hehe!

GANTUNG BAJU YANG PENTING SAHAJA

via GIPHY

Antara pakaian yang korang boleh gantung ialah jenis material yang senang ronyok, baju sekolah, baju yang selalu pakai nak jalan-jalanatau dress panjang! Jangan gantung semua baju sebab nanti tempat gantung dalam almari tu akan jatuh sebab tak dapat nak support baju korang yang banyak tu..

JANGAN LETAK BENDA LAIN

via GIPHY

Kalau korang jenis suka sumbat semua benda dalam almari, after this jangan buat lagi okay? Make sure jangan letak beg atau kasut dekat dalam alamari baju! Sebab benda tu akan buatkan almari baju korang lagi bersepah..

SELALU KEMAS

via GIPHY

Biasakan diri at least dua kali sebulan untuk kemas almari baju supaya nampak lebih teratur dan tak ada la susah nanti nak ambil barang-barang dalam almari! Mula-mula memang rasa malas, tapi takkan korang lagi rela tengok almari baju bersepah macam tu kan? Malu beb..

Senang je kan girls nak bagi almari kita nampak kemas dan bersih? #Lunagirls kena la extra rajin sikit.. Jangan keluar rumah je nak cantik-cantik, almari baju pun kena cantik tau… Kita kan girls! Hihi!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aduh! Sakitnya Buah Dada Saya!

#LunaExplores: ‘ASMR’ Cik Bawang Makan Bawang