in ,

OMG! Mata Makin Rabun.. Nak Buat Apa Ni?!

Sumber gambar: YouTube
Sumber gambar: Lunaria

Tengah syok salin notes cikgu bagi dekat depan, sekali mata tak boleh nak ‘scan’ tulisan tu. ALAMAK! Mata dah rabun ke ni??!

Korang pernah tak alami situasi yang mana pandangan korang jadi tak jelas dan kabur? Tapi bila lama-lama fokus pada benda tu, baru boleh nampak. Girls, kalau ya maksudnya korang memang kena cepat-cepat pergi check mata! Risau kalau korang dah masuk ‘kelab rabun sedunia’. But before that, jom check it out apa lagi tanda-tanda korang dah rabun.

TEST PANDANGAN MATA WAKTU MALAM

Sumber gambar: Bukalapak.com

Biasanya kalau nak test mata, kena buat waktu malam sebab result waktu tu boleh dikatakan tepat dan on the spot korang boleh tahu sama ada perlu buat cermin mata atau tidak. Firstly, try tengok cahaya waktu malam dan kalau korang nampak lingkaran putih dekat sekitar objek tu, maksudnya penglihatan korang dah tak bagus.

SAKIT MATA DAN SAKIT KEPALA

via GIPHY

Kalau lepas tengok phone atau laptop, mesti kita akan rasa sakit kepala atau sakit mata kan. Benda tu memang biasa pada semua orang tapi for those yang OTW rabun, dia akan rasa lebih sakit pada dua tempat tu. Kesakitan tu berpunca sebabkan otot mata yang tegang. So, kalau boleh kurangkan tengok laptop atau phone dalam gelap ya sebab benda tu akan buat mata kita lebih sakit.

PERHATIKAN CIRI FIZIKAL

via GIPHY

Salah satu cara nak tahu sama ada kita ni rabun atau tidak ialah bila mata selalu rasa penat, berat dan mudah berair bila tengah fokus buat sesuatu kerja. Korang pernah tak bila dah lama sangat menulis, tiba-tiba air mata keluar dekat sebelah je dan automatik rasa sakit dekat area tu? Kalau ya, maksudnya korang memang kena cepat dapatkan cermin mata.

BUAT PEMERIKSAAN MATA

Sumber gambar: herinspirasi.com

Nak tak nak korang memang kena cari mana-mana kedai cermin mata dan check dengan pakar. Before power mata korang bertambah tinggi, better cepat-cepat buat cermin mata supaya lepas ni dah tak perlu nak susahkan diri pinjam nota kawan sebab tak nampak apa yang cikgu tulis dekat depan okay.

So girls... Macam mana? Korang rabun ke tak girls? Kalau ya, cepat buat cermin mata okay? Hmmm ada sesiapa nak share selfie korang pakai spect tak? Jom la share sikit dengan Ainaa gambar korang tu. Hehe!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Katakan Tidak Pada Sakit Perut!

Tips Pergi Open House, Jangan Bunyi Please!