in ,

OMG! Apps FaceApp Jual Gambar Kita?! 😱

Sumber gambar: https://marketinginsidergroup.com/strategy/avoiding-the-appearance-of-evil-you-dont-want-to-look-like-a-scam/

Haa, korang faham tak apa maksud ‘semua jadi orang tua’ yang diperkatakan oleh tweet dekat atas tu? Perasan tak start dua hari lepas bukan main ramai orang main FaceApp tu untuk tengok perbezaan muka kita bila dah tua..

Disebalik keseronokan tu semua, ada bahaya yang tersembunyi. Menurut sebuah website, apps tu dah ada sebanyak 150 juta data muka dan segala data pengguna! Kalau korang ada install apps tu, mesti akan ada pop up sama ada korang bagi kebenaran untuk apps tu access gambar korang dalam gallery tu atau pun tidak.

Once korang click ‘Allow‘, semua gambar korang akan dapat di access dan automatik data korang dah jadi milik apps tu. At the same time mereka ada hak untuk share gambar yang korang gunakan untuk edit tu!

Boleh dikatakan apps ni dah menduduki tangga teratas selepas lebih 100 juta pengguna install apps ni sampai jadi top-rank app dekat App Store dekat 121 negara. Ada juga desas desus mengatakan yang apps tersebut ada hak untuk gunakan gambar korang untuk promoteΒ tanpa diberi royalti satu sen pun pada pemilik asal gambar tu.

But it’s okay, korang jangan terkejut dan marah lama-lama sebab pihak FaceApp dah tampil bagi statement yang dalam masa 48 jam, gambar yang di upload akan dipadam serta merta. At the same time, apps yang dibangunkan oleh Wireless Labs milik sebuah syarikat Rusia tu juga mengesahkan yang mereka tak ada akses gambar pengguna dalam phone tanpa kebenaran.

Untuk langkah berjaga-jaga, pihak FaceApp mengesyorkan kepada pengguna untuk report a bug dekat bahagian ‘Settings -> Support -> Report a bug” sebagai langkah penjagaan data peribadi. Apa pun, pastikan korang sentiasa berhati-hati dengan apa pun apps baru yang viral okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#YesNoMaybe : Kenapa Masuk Class Kalau Boleh Ponteng?

Kesan Bila Suka Dekat Cikgu Sendiri!