in ,

Okay Ke Kalau Tak Balik Kampung Untuk Beraya?

Sumber gambar: Instagram @syhrlimn / Instagram @ainaa_lunaria

Whatttt??!! Ahad ni dah raya? Tapi raya tak sama macam tahun lepas, kali ni tak boleh balik kampung!

Siapa geng #TakBalikKampung tahun ni? Apa perasaan korang bila pertama kali tak dapat balik beraya? Mesti sedih kan sebab selalunya waktu macam ni mesti kita dah sibuk sibuk nak buat preparation untuk raya. Mak pun dah bising suruh siap baju nak balik kampung, iron baju raya, kemas rumah dan semua la. Tapi tahun ni lain pula vibes raya kita, maklum la dengan keadaan PKPB dan tak boleh rentas negeri ni, redho sahaja la kena beraya dekat rumah sendiri.

Haritu Ainaa ada sembang sikit dengan beberapa kawan-kawan yang tak dapat balik beraya ke kampung. Nak gelak pun satu hal, kesian pun satu hal juga dekat semuanya. Apa nak buat, bertabah sahaja la hati! Jom kita baca sikit apa agaknya luahan perasaan mereka yang tak dapat pulang ke kampung.

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Ya, Ainaa mulakan sesi ‘luahan perasaan’ ini dengan luahan sendiri sebab Ainaa pun one of them yang tak dapat balik beraya ke kampung. Actually ini merupakan pengalaman pertama Ainaa tak beraya dekat kampung. Sebelum ni setiap tahun mesti balik kampung jumpa family semua. Tapi memandangkan tahun ni lain sikit, maka dengan itu Ainaa terpaksa redho kena beraya dekat KL bersama-sama dengan saudara mara yang lain. Nasib baik la ada saudara mara dekat sini, kalau tak mesti lagi sedih. Pagi raya confirm korang akan tengok IG story Ainaa duduk menangis dekat tepi tingkap rumah, hehe! Since ini merupakan raya pertama tanpa family, Ainaa pun ambil keputusan untuk masak rendang sendiri walaupun rasanya tak sama macam yang mak masak. Sedih sebenarnya bila tak dapat beraya dengan mak dan juga adik beradik yang lain. Tapi nak buat macam mana, terpaksa beraya di perantaun tahun ni, huhu! – Ainaa Hafizah

View this post on Instagram

Si profesor? #munchacoss

A post shared by ѕуαняυℓ ιмαη (@syhrlimn) on

Iman pun one of them yang tak dapat balik beraya di kampung dekat Temerloh, Pahang. Sebenarnya ni tahun kedua Since tahun lepas pun tak dapat balik sebab kena kerja so tahun ni cuti ada seminggu tapi sebabkan PKPB memang tak boleh balik. So far preparation raya Iman sebenarnya dengan housemate je la dua tiga orang yang tak dapat balik juga. Kami dah plan sehari sebelum raya tu memang nak beli rendang dengan lemang untuk dapatkan suasana beraya dekat kampung tu. Baju pun pakai mana yang ada je, ada juga housemate yang kerja pagi raya. Tapi kami just prepare pakai baju raya je pergi kerja dan pada pagi tu supaya dapat rasa raya sendiri. Video call je la mampu waktu pagi raya nanti. – Syahrul Iman

Sumber gambar: Instagram @mi.najjiah

Balik kampung? Mestilah, alhamdulilah kampung dekat lagu, raya tak sempat habis dah sampai kampung. Tapi walaupun boleh balik kampung, kenalah patuh SOP yang dah dikeluarkan oleh KKM. Jangan main langgar je, jadi macam keluarga Ummi dah buat jadual. Siapa yang datang dulu dan kemudian, sebab family Ummi ramai. Untuk persiapan, tahun ni simple je. Tak ada baju raya kepok-kepok, kasut atau handbag baru sebab nak pergi mana je. Beli baju raya pun satu je sebab nak tangkap gambar first raya tu. Tahun ni rumah tutup, jadi tak adalah kuih raya. Tapi beli jugalah kerepek untuk layan depan tv, time raya kan banyak rancangan best. – Ummi Najjiah

Sumber gambar: Instagram @_ellaziz

Raya tahun ni memang lain bagi saya. Mana tidaknya, sebelum ni walaupun tengah sambung belajar atau bekerja, waktu raya boleh je baik anytime. Nak balik kampung malam raya pun tak ada hal even kena menghadap jalan jam tapi tahun ni jalan jam atau tak, tetap tak boleh nak balik raya. Lagi-lagi saya ni tengah sarat mengandung, nak balik kampung pun dah tak boleh sebab sekarang dah tak boleh rentas negeri dan suami juga berkemungkinan akan kerja di pagi raya. Nak taknak saya kena redho je la walaupun mak saya dah post macam-macam makanan dan kuih raya. Harapnya boleh la bersalin awal sebelum raya, nanti boleh la balik kampung, hehe! – Nur Elliyana

Nampaknya memang ramai rasa sedih raya tahun ni ya. Nak buat macam mana, kita tetap kena akui dengan perintah pihak kerajaan. Ini semua demi keselamatan kita semua juga. Jaga diri waktu raya nanti, jaga jarak, sentiasa basuh tangan, elakkan berkumpul di tempat orang ramai dan jangan lupa pakai mask ya semua!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#ZoExercise Cuba Cardio Ala Jungkook BTS

Apps Untuk Ambil Gambar Kalah Professional!