in ,

Ohh Aiskrim… Oh Coklat… Sedapnyaa!

Image Source: Vice | Arzia Tivany Wargadiredja

“Alaaaaa, rasa macam nak makan coklat, kek, aiskrim la pulak… Tapi lagi berapa hari je nak period, boleh ke ni…”. #Lunagirls pernah lalui benda macam ni? It’s okay..ianya sangat normal! Hehe! LUNARIA dah bersedia nak kongsikan tips penjagaan diri untuk korang! Let’s check out makanan atau minuman apa yang perlu kita elak semasa period!

MINUMAN BERGAS

Air gas memang sedap tapi kesannya nanti perut korang mudah kejang dan rahim pun akan sakit tau.. Minuman berkafein seperti kopi juga boleh menyebabkan perut korang kembung dan akan membuatkan sakit kepala. Jadi, #Lunagirls elakkan minum air gas dan berkafein semasa period okay?

 AIR MINUMAN BERTENAGA

Minuman bertenaga mengandungi banyak gula tau! #Lunagirls perlu elakkan minum air minum bertenaga supaya badan tidak mudah lesu. Semasa period, badan mudah letih dan lesu disebabkan oleh darah yang keluar..tapi tidak bermakna minuman bertenaga membantu tau..korang kena lebihkan minum air masak okay?

 DAGING BERLEMAK


Say no no to daging berlemak! Yup! Memang sedap makan daging ni, tapi sebenarnya daging yang berlemak akan buat perut korang bertambah sakit dan mudah kejang tau.. Kalau #Lunagirls sangat suka makan daging, apa kata semasa period kurangkan dan cuba tukar dengan daging ayam atau ikan. Itu pun sedap juga girls! Hehe!

MAKANAN BERGORENG

Nak makan makanan bergoreng boleh, cuma make sure pakai minyak sayuran supaya dapat mengurangkan rasa senggugut semasa  hormon estrogen meningkat! But it’s okay kalau korang teringin, cuma makan sikit je tau! Lepas tu minum air masak banyak tau girls? 

Setiap orang lain pengalaman period.. dan semua ni bergantung pada diri masing-masing! Ada sesetengah yang tak rasa sakit walaupun tak jaga makan.. Tapi kalau korang sayang diri sendiri, amatlah penting untuk jaga pemakanan okay girls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Cara Jadi Kawan Yang Terbaik!

Alaaa Malasnya Nak Bangun…