in , ,

Oh No! Kenapa Rambut Asyik Leper Ni?!

Sumber gambar: www.today.com/health

Nasib baik sempat syampu rambut! Eh.. Kenapa still leper ni! Arghhh!

#Lunagirls, korang ada tak masalah rambut flat? Macam kena penyek gitu? Kalau nak amik gambar nampak macam kepala kita botak.. Sebab rambut tu tak ada volume yang sepatutnya.. Jom elak rambut flat dengan cara macam ni..

RAMBUT BASAH

Sumber gambar :https://profhariz.com/cara-mengatasi-masalah-bau-rambut-busuk-dan-terbakar/

Rambut basah mungkin boleh menyebabkan rambut korang lebih berminyak dan layu.. Bukan tu je, ia juga akan mengeluarkan bau yang tak sedap! Eew.. Kalau boleh before #Lunagirls bersiap tu, keringkan rambut dulu.. jangan keluar beraya dengan rambut basah tau!

KURANGKAN PAKAI SERUM

Sumber gambar: Youtube.com

Kurangkan pakai serum atau hair oil dengan label anti-frizz! Sebab produk- produk ni akan membuatkan rambut korang berat. Bila rambut berat, tu yang rambut korang jadi leper! Ter- over pakai pun, rambut akan berminyak, dan kulit kepala korang akan gatal.. Kesian kulit kepala kita!

HAIRDRYER

via GIPHY

Penggunaan hairdryer pun antara salah satu sebab rambut flat. Elakkan guna hairdryer dengan suhu yang tinggi. Ia mungkin akan merosakkan rambut korang juga.. Tapi kalau guna suhu medium, rambut akan jadi lebih sihat dan cantik!

BLOW DRY

via GIPHY

Teknik nak blow dry pun kena betul ya #Lunagirls! Rambut kena 80% kering dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Jaraknya pula mesti dalam lingkungan 15 cm dari rambut. Lepas dah kering, angkat rambut tinggi dengan menggunakan sikat. Dengan cara ni rambut korang akan nampak lebih volume..

Bila rambut dah cantik, baru la boleh beraya dengan aman. Nak raya sampai malam pun tak kisah, hihi.. Kalau nak rambut yang cantik, kena la ada effort sikit betul tak girls? 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Majlis Raya Sekolah Dah Dekat, Apa Nak Pakai?

Sekarang Boleh Stalk IG Tanpa Kantoi!