in ,

Nostalgia Lama, Samsung Keluarkan Phone ‘Flip Flip’

Sumber gambar: twitter.com/ARMYLANDIDLETAN

Best tengok phone yang ada screen luas! Nak tengok video, nak selfie pun rasa best je sebab besar! Baru up to date kalau screen besar-besar.

Memanglah up to date kalau dapat pakai phone screen besar. Tapi kalau korang nak tahu pada sekitar tahun 2010, phone flip flip yang paling famous tau. Even semua teenagers pun teringin nak pakai phone macam itu. Sebabnya dulu phone yang ada screen besar ini hanyalah phone lama dan berat!

Bila ada phone yang boleh flip, senang nak bawa ke mana-mana sahaja. Nak masuk poket pun boleh, nak pegang terus pun boleh juga. Ehemm, nak sorok bawa pergi sekolah pun boleh juga tau, opss! Sekitar tahun 2010, ada banyak phone flip pilihan hati. Sehinggakan waktu Ainaa sekolah dulu, kawan-kawan siap ada yang pakat beli phone yang sama, termasuk dengan Ainaa juga, hehe! Baru BFF bila pakai phone sama! Waktu itu pun phone taklah mahal sangat macam sekarang.

Before this, Samsung ada keluarkan phone jenama Samsung Galaxy Fold yang mana mempunyai rekaan phone yang agak besar. At the same time, phone itu dapat dilipat dua untuk menjadikan ianya sedikit kecil berbanding bentuk asal.

Tapi sekarang Samsung dah keluar dengan rekaan phone terbaru digelar Galaxy Z Flip yang sangat comel! Sudahlah comel, boleh flip pula. Betul-betul mengimbau masa silam! Bila tengok je phone ini terus teringat zaman sekolah dulu. Cuma kali ini rekaannya agak moden dan unik. Kamera pun cantik juga ya. Nampak macam tak boleh flip, tapi sebenarnya boleh dan memang direka khas untuk kita flip!

Ini merupakan ciptaan pertama diperbuat daripada fordable glass dan juga mempunyai beberapa lagi fungsi lain yang belum pernah diperkenalkan pada mana-mana telefon pintar keluaran Samsung. Sewaktu ia dilipat, Galaxy Z Flip akan berbentuk macam bedak compact yang mana saiznya hanyalah sebesar tapak tangan. Tapi bila dibuka, ia akan mempunyai dua skrin yang mana kegunaannya berbeza-beza pada waktu yang sama. Memang unik!

Apa yang paling best ialah kalau nak video call, tak perlu dah nak tahan dengan cawan atau apa. Hanya flip sahaja phone itu dan korang dah boleh video call sambil makan! Kamera hadapan Samsung Galaxy Z Flip ini mempunyai 10MP! Woww, kalau selfie confirm puas hati.

Image result for samsung galaxy z flip
Sumber gambar: Soyacincau

Kalau phone pun dah multifunction, takkanlah ia dijual dengan harga yang rendah? Mestilah harganya sedikit mahal. Bukan mudah nak reka phone unik macam ini, mesti lama masa yang diambil untuk hasilkan satu phone yang hebat.

Starting price bagi Samsung Galaxy Z Flip ini ialah RM5,888 untuk storage 256GB. Tak terkejut sebab ia menggunakan teknologi baru. Saing-saing iPhone 11 Pro Max juga ya nampaknya. Sesak nafas juga bila tengok harganya, hehe!

For those yang teringin memiliki phone Samsung Galaxy Z Flip, boleh mula kumpul duit ya. Tak pun pergi hasut siblings yang lain suruh mereka beli, nanti korang pinjam sekejap, dapat merasa pakai phone ala-ala generasi Gen-Y dulu.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Menu Simple Untuk ‘Chef’ Baru Nak Up

Nak Diet? Ini Jumlah Kalori Makanan Korang Kena Tahu