in ,

Normal Ke Darah Period Berketul?

Sumber gambar: honestdocs.id

Euwww! Ini apa benda ini? Kenapa darah period saya nampak berketul-ketul seperti gumpalan daging?

Bunyi memang pelikkan? Tetapi sebenarnya korang sangat bagus sebab betul-betul peka dengan apa yang keluar dari badan korang semasa haid. Memang wajar untuk kita risau dengan benda-benda pelik yang keluar sepanjang haid. Walaupun darah beku bukan sesuatu hal yang terlalu asing sebab mesti kadang-kala korang pernah nampak ia keluar masa hari darah haid yang keluar dengan banyak dan ada rupanya seperti seketul jeli melekit, memang nampak menggelikan, tapiΒ  ia adalah normal.

Sumber gambar: doctoroncall

Ya, betul, korang tidak perlu terlalu risau sebab ia adalah suatu perkara yang normal dan terjadi hampir kepada semua wanita. Walau bagaimanapun, aliran darah yang banyak dan pekat pun boleh jadi yang korang mengalami anemia iaitu kehilangan darah yang banyak seperti cepat letih, mudah rasa mual dan pitam. Sebab itu juga, korang perlu berhati-hati jika kerap mengalami darah berketul, sebab korang mungkin boleh terdedah kepada risiko endometriosis dan fibroid. Apa yang korang perlu buat, jika ia jadi secara kerap adalah jumpa kepada pakar kesihatan di klinik atau hospital.

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, darah beku period ada banyak saiz, sampai kadang-kadang ada yang sebesar duit syiling 20 sen. Ia terjadi sebab lapisan di uterus korang sudah terhakis dengan banyak dan sebab itu darah korang keluar seketu dan bukannya mengalir keluar seperti cecair biasa. Apa yang bagusnya kalau darah beku terjadi, ia akan keluarkan darah period korang dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa dan tempoh period korang tak adalah lama sangat.

Sumber gambar: reddit

Akan tetapi kalau darah beku korang keluar saiznya lebih besar dari saiz duit syiling 20 sen dan tiba-tiba rasa tak sedap badan, sebaiknya terus pergi berjumpa dengan pakar kesihatan. Ini sebab jika darah beku keluar terlalu banyak, itu tandanya korang wajib berjumpa dengan doktor dengan cepat sebab takut ada hal yang korang paling risau terjadi.

via GIPHY

Jadi, macam mana nak atasi darah period berketul ini? Kalau tanya cara yang terbaik, sehingga kini masih lagi tiada cara paling tepat untuk mengelakkan dari aliran darah haid berketul. Tapi kalau korang selalu cuba tuam bahagian perut dan bahagian yang sakit semasa senggugut itu dengan menggunakan air suam panas mungkin ia boleh membantu. Selain itu, korang juga dinasihatkan untuk amalkan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat. Apa yang penting dan perlu korang take note adalah jika aliran haid korang terlalu banyak dan terlalu lama sila dapatkan rujukan doktor dan ujian pemeriksaan kesihatan okay!

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Lain Jerawat Tumbuh Dekat Muka Kita

Tips Selamat Holiday Ke Oversea Di Musim Coronavirus