in ,

Norma Baharu Persekolahan Selepas Tempoh PKP

Sumber gambar: Instgram @Ainaa_lunaria

Wah! Sekolah dah nak mula… Tak tahu la sama ada nak happy sebab dapat jumpa kawan-kawan atau sedih sebab dah seronok duduk dekat rumah selama hampir tiga bulan ni.

Boleh tak kalau Ainaa nak cakap ‘Welcome Back To School AGAIN‘! Hehe! Mesti la again sebab korang kan baru lepas ‘cuti panjang’. Cuti sekolah hujung tahun pun tak panjang macam ni kan. Punya la lama tinggalkan sekolah sampai semua barang sekolah pun entah ke mana letaknya. Tudung sekolah dah hilang, lencana sekolah kena beli baru dan macam-macam lagi la.

Macam yang korang dah tahu, hari ini merupakan hari terakhir bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB. Mulai esok sehingga 31 Ogos, kita akan melalui pula fasa PKP Pemulihan. Korang semua pun dah boleh rentas negeri balik kampung, asalkan masih mematuhi segala SOP yang telah diberikan. PKPB dah tamat, boleh rentas negeri, semua benda akan berjalan seperti biasa tak lama lagi dan termasuklah sekolah juga akan dibuka! Yeay! Tapi ada beberapa perkara baharu yang perlu korang lalui bagi norma baru persekolahan sepanjang tempoh PKPP ini, which is...

PERIKSA SUHU BADAN

Antisipasi Corona, Pertamina periksa suhu tubuh pekerja - ANTARA ...
Sumber gambar: Antaranews

Sebelum korang masuk ke dalam pagar sekolah, korang perlu melalui ‘spotcheck’ iaitu pemeriksaan suhu badan. Macam sebelum ni kalau nak masuk mall atau mana-mana kedai, kita kena check suhu badan kan? Sama juga macam nak masuk kawasan sekolah, akan ada suhu yang telah ditetapkan iaitu 37.5 darjah celsius. In case suhu korang melebihi daripada yang dibenarkan, of course la tak boleh nak masuk sekolah. Tapi mungkin untuk hal tu bergantung pada budi bicara pihak sekolah sekiranya korang tidak mengalami sakit seperti demam. Ada pelajar yang kena berjalan, berbasikal dan naik bas ke sekolah so kalau suhu badan tinggi sikit tu tak ada masalah, cikgu akan minta korang duduk dekat tepi dahulu sebelum buat pemeriksaan suhu seterusnya. Jangan buat-buat demam pula nanti ya.

MAKAN DALAM KELAS

Sumber gambar: Instgram @Ainaa_lunaria

No more berebut dekat kantin sampai makanan tertumpah ya guys! Korang dah tak perlu bersusah payah berebut atau beratur lama-lama dekat kantin tu. Lepas ni korang hanya dibenarkan untuk makan di dalam kelas masing-masing sahaja. Waktu rehat akan dijalankan secara berperingkat dan korang hanya akan berada di dalam kelas sahaja semasa tempoh waktu rehat. Penjarakan sosial sepanjang 1 meter akan dilakukan di kawasan kantin.

MEJA KELAS JAUH

 

Waktu rehat berperingkat, makan dalam kelas dan pemeriksaan suhu ...
Sumber gambar: Mstar

Siti! Susah la nak gosip dengan kau ni, jauh sangat meja kita. Tak boleh la nak gosip pasal si Aminah tu!

Bagus juga ada penjarakan meja dalam kelas ni, kalau tidak kerja korang mesti bersembang je kan. Maklum la, dah lama tak jumpa BFF sehidup semati tu, mesti la rindu dan banyak benda yang nak diceritakan. Tapi kita hanya mampu merancang, SOP telah dikeluarkan supaya ada penjarakan meja di dalam kelas. Pelajar akan ditetapkan di dalam kelas dan sekiranya ada pelajar yang terlebih bilangan, mereka akan ditempatkan di dalam kelas yang lain. Get ready berpisah dengan BFF korang tu okay.

LALUAN SENDIRI

Penjarakan sosial di bilik guru | Pendidikan | Berita Harian
Sumber gambar: Berita Harian

Kalau dulu kita boleh lalu semua kawasan dekat sekolah, pergi mana-mana pun tak ada masalah, ini kan pula nak buat ‘rombongan Cik Kiah’ ke toilet secara berjemaah. Tapi selepas ini tidak lagi sebab korang perlu mengikut laluan yang telah diberikan.Akan ada arah laluan pelajar yang mana ia bertujuan untuk mengelak daripada berlaku pertembungan secara beramai-ramai di dalam satu masa.

Norma baharu ini ditetapkan untuk semua sekolah termasuk sekolah berasrama. Kalau dekat dorm, katil akan dijarakkan 1 meter dan begitu juga dekat dalam dewan makan.

Fuhh boleh tahan ketat juga peraturan baharu ni kan. For those yang dekat asrama tu boleh imagine tak katil korang akan dijarakkan jauh? Kalau Ainaa memang menangis la, dah la penakut dan kena jarakkan lagi katil dengan kawan katil sebelah. Harapnya korang okay la ya nanti dekat asrama tu, tak boleh la nak bergosip sebelum tidur risau nanti warden buat spot check pula. Selamat memulakan sesi persekolahan bagi pertengahan tahun 2020 semuanya!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Betul Ke Lathi Challenge Haram? Ini Kata Ustaz

Jungkook BTS Minta Maaf Pada ARMY