in ,

No More Vagina Berbau ‘Ikan Masin’!

Sumber gambar: https://www.harapanrakyat.com/2017/05/ini-tanda-miss-v-kamu-sedang-tidak-sehat/

Ehemm… Vagina dah cuci bersih-bersih ke belum? Dah cari jalan untuk hilangkan bau dekat situ ke?

Siapa yang akan selesa bila bahagian peribadi seperti vagina dia berbau busuk sampai buat diri sendiri rasa insecure? Maybe korang abaikan penjagaan sampai ia berbau macam tu. Actually bahagian ini ialah anggota badan yang paling penting yang kita kena jaga! Korang nak tahu macam mana cara untuk buat vagina kita tak berbau? Caranya ialah….

JANGAN PAKAI SELUAR KETAT

Related image
Sumber gambar

Ha, korang suka pakai seluar ketat ke? Kalau ya, please please and please jangan selalu sangat pakai seluar ketat. Effect nanti private part kita akan jadi lebih lembab sebab berpeluh at the same time buatkan ada infection and bacteria. Seluar ketat akan buatkan ia berbau masam dan korang sendiri rasa tak selesa dengan seluar ketat macam itu.

BERSIHKAN ELOK-ELOK LEPAS BUANG AIR KECIL

Image result for cuci kemaluan
Sumber gambar

Lepas buang air kecil korang bersihkan vagina dengan cara macam mana? Siram air macam itu saja ke atau bersihkan dan siap gosok elok-elok? Kalau korang selalu bersihkan lalu dengan air je, memang berbaulah vagina kita.. Make sure jangan keringkan guna tisu lembab sebab ia akan menyebabkan kawasan vagina  bertambah lebih lembab dan ada banyak bakteria.

TUKAR PAD SELALU WAKTU PERIOD

via GIPHY

Sepatutnya kita kena tukar pad empat jam sekali untuk make sure ia kekal bersih dan punggung korang tak alami kegatalan. Kalau tengah first or second day, lagilah kena selalu tukar sebab bacteria tengah membiak, itu yang kadang-kadang buatkan vagina berbau! If let say korang pakai pantyliner, sama juga kena tukar setiap empat ke lima jam sekali.

PAKAI PANTIES KAIN COTTON

Image result for panties cotton
Sumber gambar

Dekat kedai yang jual panties ada banyak sangat pilihan panties sampai kadang-kadang Ainaa sendiri rasa pening nak pilih panties yang mana satu. Seeloknya pilih panties yang diperbuat daripada kain cotton dan elakkan pakai panties jenis lycra dan polyster sebab ia akan buat vagina jadi lagi lembab dan ‘tak bernafas’ sebab ia takkan dapat serap peluh.

So lepas ini dah tahukan macam mana caranya nak elakkan Vagina berbau? Jangan ambil mudah tentang semua ini ya sebab ia pun salah satu bahagian paling berharga yang perlu dijaga rapi.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Salahkah Cakap Bahasa Rojak?

Apa Nak Buat Dengan Kawan Yang Busy Body?