in ,

No More Penceroboh! Whatsapp Dah Boleh Lock!😎

Sumber gambar: https://www.igeeksblog.com/how-to-lock-whatsapp-on-iphone/

Annoying betul bila siblings minta phone kononnya nak tengok gambar padahal sibuk nak check Whatsapp! Tak hormat langsung privacy orang lain kan…

via GIPHY

Chill girls, Ainaa faham kalau korang marah bila berada dalam situasi macam ni sebab kakak Ainaa pun suka sibuk nak buka Whatsapp dekat phone Ainaa. Tapi Ainaa ada berita baik untuk korang yang merupakan iOS user sebab after this korang dahΒ boleh lock Whatsapp tau! Korang dah tahu ke belum? Kalau belum, check it out article Ainaa ni okay~

Sumber gambar: Lunaria

Firstly make sure korang dah update apps Whatsapp pada version 2.19.31. Bila dah update, korang dah boleh lock Whatsapp hanya dengan gunakan Touch ID sahaja. Sama je caranya macam korang nak unlock phone

Caranya mudah je which is korang pergi dekat apps Whatsapp, then pergi ke Setting. After that click Account dan seterusnya Privacy. Dekat situ korang akanΒ  nampak banyak pilihan, so scroll paling bawah sekali which is Screen Lock. Click and terus Require Touch ID.

Sumber gambar: Lunaria

Lepas dah tekan Require Touch ID, korang boleh pilih sama ada nak lock Whatsapp after 1 minute, 15 minutes, 1Β hour or immediately after keluar daripada apps Whatsapp.

Sumber gambar: Lunaria

Kalau Ainaa memang pilih immediately sebab senang, terus je lock tak perlu nak tunggu lama. Now Whatsapp korang dah selamat daripada diceroboh oleh ‘stalker’. Lepas ni tak perlu nak risau kalau siblings atau kawan-kawan korang nak check Whatsapp sebab diorang memang takkan dapat buka pun, melainkan korang sendiri yang bukakan.

If ada #Lunagirls yang dah cuba cara yang Ainaa ajar ni, jangan lupa share kejayaan korang tu tau. Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ramadhan Special #2: Masak masak with Lunaria

Sebenarnya Sahur Minum Air Je Pun Cukup!