in ,

No More Iklan Ubat Kurus Untuk Pengguna Bawah 18 Tahun Instagram!

Sumber gambar

“Nak kurus? Visit my IG!”, “Hi, berat badan anda naik mendadak? Nak turun berat tapi susah? Visit my IG untuk tahu rahsia turun berat badan dalam masa dua hari”

Biasa baca komen macam ini dekat Instagram korang atau Instagram artis kesayangan korang? Kalau ya, selamat datang ke ‘fenomena ubat kurus’. Dekat IG banyak komen macam ni kita akan jumpa, tak kisah dekat profile siapa sekalipun. Tapi benda ni jadi annoying bila peniaga online ubat kurus ni sesuka hati tinggalkan komen dekat posting yang tak berkaitan.

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, ada satu laporan media antarabangsa Healthline bagitahu yang pihak Instagram dah decide untuk sekat segala macam iklan yang promote ubat kurus atau penjualan produk kosmetik kepada pengguna yang berumur bawah 18 tahun. Ye la, kita sendiri tak tahu apa kandungan dalam ubat kurus tu, main makan je nanti mesti ada side effect dekat badan sebab tak ada kelulusan daripada pihak berwajib.

So after this kepada pengguna Instagram yang berusia 18 tahun kebawah, korang memang takkan dapat tengok iklan ubat kurus ni dah. Melainkan korang tipu umur waktu mula sign in Instagram dulu. Korang takkan dapat sebarang discount atau sponsored post dekat IG sebagai langkah pencegahan ubat kurus yang tak diluluskan. Termasuklah iklan produk timbang kilo yang terang-terang tak diiktiraf oleh pihak KKM.

Image result for produk timbang kilo
Sumber gambar

Kalau setakat iklan biasa tu tak semestinya boleh terpengaruh, tapi ia akan bertambah teruk bila ada influencer yang promote ubat kurus ni dekat social media diorang. Bila ada orang berpengaruh yang promote, mula la teenagers under age ni terpengaruh dan cuba untuk beli produk yang dipromote.

Bagi Ainaa sendiri, tindakan yang dilakukan oleh pihak Instagram ni sangat bagus sebab sedikit sebanyak dapat kurangkan pengaruh teenagers ni beli barang yang bukan-bukan. Nak kurus tak perlu la sampai ambil supplement, cukup dengan exercise dan diet. Just love yourself okay girls!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ada Sebab Kenapa Kena Elak Cancel Plan Semasa Period

Simptom Normal Ketika Kita Period