in ,

No More Double Chin, Jom Buat Senaman Ni!

Sumber gambar: Youtube.com

Urghhh bencinya bila tengok cermin ni! Asal nak selfie je mesti kena sorok double chin ni, susah betul nak ambil gambar elok-elok! Rasa nak buang je double chin ni.

Jangan risau geng, kita boleh geng sebab Ainaa pun tengah dalam masalah dengan double chin ni. Bukan tak pernah ada effort untuk kurangkan double chin ni tapi macam susah je, makin ‘tebal’ tu ada la.

Tak semestinya kalau ada double chin, korang kena diet. Ada je cara senaman yang lain boleh buat yang mana boleh mengurangkan ‘ketebalan’ double chin kita ni. Asalkan rajin dan banyakkan bersabar. Iya la, sebelum ni makan tak ingat dunia, ini nak kurangkan double chin kena la bersabar sikit ya. Senaman yang Ainaa nak suggest dekat korang ni sangat simple, even nak buat waktu tengah perhimpunan hari Isnin tu pun boleh je tau. Jom check it out senaman apa yang sesuai untuk kurangkan double chin kita ni.

THE KISS

Image result for jaw jut
Sumber gambar: Fitpass

Tak, kita tak perlu cium sesiapa pun, hehe!

-Korang hanya perlu berdiri tegak dan dongakkan kepala sambil memandang ke atas.
-Muncungkan bibir seolah-olah macam nak cium siling selama 5 hingga 8 saat.
-Relaks dan tegakkan semula kepala
-Teruskan ulang sebanyak 5 kali

Tak susah pun kan? Even nak buat waktu tengah mandi pun boleh. Sambil cuci muka tu memang boleh sangat la. Korang pun mesti mandi lama kan? Ke kalau mandi pagi tu sekejap je? Hehe!

JAW JUT

via GIPHY

-Tolak rahang ke bawah dan ke depan sehingga terasa stretching dekat bawah dagu
-Buat kiraan sehingga 10
-Relaks kan semula rahang
-Ulang sebanyak 10 kali

Make sure waktu korang buat tu jangan sampai salah teknik. Lakukan dari bawah leher sampai la ke dagu. Korang kena consistent sebab kita guna cara semula jadi, bukan alternatif cucuk cucuk jarum ya. So, memang kena bersabar sikit.

NECK ROLL

via GIPHY

-Mulakan dari arah kanan kemudian pusingkan kepala secara membulat
-Buat kiraan sebanyak 5 kali
-Kembalikan kepala ke sisi asal
-Pusingkan kepala ke kiri secara membulat dalam kiraan 5
-Kiranya bila dah buat belah kanan, ulang semula di bahagian kiri
-Teruskan ulang dalam kiraan 30 saat

Korang kena buat slowly sebab kalau buat laju-laju confirm sakit leher tu. Bukan double chin yang berkurang, leher pula yang jadi sakit. Buat je waktu baru bangun tidur, tak ada la rasa mengantuk lagi bila dah bangun tu. Before tidur pun boleh juga korang buat cara ni. Mana tahu bangun tidur terud dapat dagu runcing, hehe!

TONGUE ON TEETH

via GIPHY

-Buka mulut
-Angkat hujung lidah ke barisan gigi atas
-Korang akan rasa ketegangan dekat bahagian leher
-Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil buat bunya ‘aahh’ (bukan nyanyi lagu Frozen ya)
-Buat selama 1 minit
-Relaks dan ulang beberapa kali lagi

Cara yang ni best sebab korang tak perlu pusing leher ke apa ke, setakat angkat lidah sahaja. Terus dapat dagu bentuk ‘V’ ya sis! Agak-agak lambat sangat tunggu makanan dekat kantin, korang boleh la buat exercise ni. Mana tahu kalau acik kantin tu nampak korang buat macam tu, mesti laju je dia siapkan makanan korang, hehe!

CHIN SLAP

via GIPHY

-Jelirkan lidah
-Tepuk bawah dagu dengan belakang tangan secara perlahan-lahan
-Lakukan selama 30 saat

Okay la antara semua exercise ni, Ainaa akan pilih yang ini. Paling simple, tak perlu nak buat banyak pergerakan. Sambil baring tengok TV pun boleh buat juga. Kalau bosan sambil tunggu crush reply text pun boleh juga buat exercise ni, hehe!

No more excuse after this okay girls! Lepas ni kita sama-sama dapatkan dagu runcing tajam bak kasut tumit tinggi, hehe! Tapi sebenarnya girls yang ada double chin ni cute je! Jangan pernah rasa insecure dengan diri sendiri okay! Kita semua cantik!

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Barang Wajib Korang Bawa Semasa Hiking

Course Di Kolej/Universiti Yang Kurang Mainstream Di Kalangan Pelajar