in ,

No More Buli Siber, ‘Sulli Act’ Bakal Dikuatkuasa Bulan Depan

Sumber gambar: www.scmp.com

Lepas seminggu berita tentang kematian pelakon cantik dari Korea, Sulli, dengarnya tak lama lagi akan dikuatkuasa undang-undang ‘Sulli Act’ sebagai salah satu cara untuk mencegah gejala buli siber.

Di Korea, gejala buli siber bukanlah perkara baru sebab kebanyakan selebriti di sana ‘wajib’ kena buli siber oleh netizen atau fans sendiri. Kebanyakan K-Idol bunuh diri sebab rasa tak tahan dengan gejala negative itu sendiri. Antaranya ialah Sulli yang ditemui mati di apartment miliknya minggu lepas.

View this post on Instagram

악!!!!!! 밤🌙

A post shared by 설리가진리 (Sulli) (@jelly_jilli) on

Disebabkan perkara itu, pemerintah Korea Selatan ambil inisiatif untuk mengatasi masalah tersebut. Sebanyak sembilan anggota Majlis Nasional Korea menyusulkan Rancangan Undang-Undang untuk mengatasi serangan buli siber yang diberi nama ‘Sulli Act’. Undang-undang itu akan dikuatkuasa selepas 49 hari kematian Sulli.

Korea Entertainment Management Association (CEMA) merupakan organisasi yang berperanan penting dalam memajukan dunia hiburan di Korea Selatan dan mereka sendiri ambil langkah berkenaan isu ini. Kiranya organisasi ini akan beri perlindungan kepada semua penggiat seni di Korea.

via GIPHY

At the same time ada sebanyak 100 organisasi di Korea dan seramai 200 artis yang pernah jadi mangsa buli siber pun turut bersetuju dengan undang-undang yang bakal dikuatkuasakan ini.

Anggaran pada bulan Disember Ini which is hari ke-49 kematian Sulli, undang-undang ‘Sulli Act’ akan dikuatkuasa secara rasmi oleh Majlis Perhimpunan Kebangsaan Korea. So after this sesiapa sahaja yang terlibat dengan buli siber akan ditahan dengan segera!

Baru tahu sikit yang sebenarnya tindakan mereka memberi kesan kepada kebanyakan selebriti Korea! Kecaman dan cemuhan netizen sebenarnya bagi impak yang kuat pada kebanyakan selebriti sebab mereka sendiri pun manusia biasa yang ada perasaan. Kalau kita sendiri kena kecam, mesti dah koyak betul tak?

So kepada semua netizen dan fans Korea di Malaysia, make sure korang tak terlibat dengan cyber bully ya! Jangan jadi one of them yang suka kecam orang tak tentu pasal dan berselindung di sebalik fake account.

This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Cukup Guna Cawan, The Alley Jual Bubble Tea 5 Liter!

5 Benda Perlu’Bangun’ Bila Diri Jatuh