in ,

No More Aliran Sastera Dan Sains Tahun 2020?

Sumber gambar: http://www.astroawani.com/foto-malaysia/suasana-peperiksaan-pt3-4046/para-pelajar-di-pintu-masuk-dewan-sekolah-41196

Good luck pada semua calon SPM 2019 yang dah mula jawab paper harini! Semoga korang semua dipermudahkan dan dapat result yang cemerlang! Dengarnya tahun ini last jawab paper Sains stream dan Sastera. Betul ke?

Mula-mula Ainaa dengar tentang isu ini pun Ainaa sendiri terkejut sebab kita dah sedia maklum yang aliran Sains dan Sastera akan ditentukan oleh cikgu mengikut result PT3 pelajar. Let say kalau dah tak ada aliran ini, macam mana student nak tahu tahap pencapaian masing-masing dan aliran apa yang patut mereka fokus belajar?

via GIPHY

Menurut kenyataan yang dah dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang perbezaan dua aliran itu takkan ada dah bermula pada tahun 2020 selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kiranya students dah boleh pilih aliran yang mereka nak tanpa paksaan daripada pihak sekolah. Dalam hal ini, guru kaunseling akan mainkan peranan yang besar since student perlu bimbingan untuk pilih mana satu aliran yang sesuai dipilih ikut minat masing-masing

Sumber gambar

Kalau minat sastera, boleh masuk aliran Sastera or else terus masuk ke aliran Sains. Lepas itu pihak sekolah sendiri akan aturkan kelas ikut aliran yang dah dipilih oleh student. Woww! Lepas ini tak adalah student yang tak minat Add Maths terpaksa belajar subject hardcore betul tak, haha! Ramai pihak yang nampak gayanya sangat setuju dengan perubahan ini sebab ada a few students terpaksa belajar benda yang mereka tak minat dan akhirnya tak dapat result yang diimpikan sebab terpaksa belajar yang mereka tak minat.

Tapi dalam ramai yang setuju, masih ada juga netizen yang tak setuju dengan keputusan yang dibuat sebab bagi mereka student yang baru masuk form 4 itu masih muda dan takut mereka salah pilih aliran pelajaran. Kalau korang sendiri bijak dan dapat keputusan yang cemerlang waktu PT3 dulu, mesti parents nak korang teruskan dalam aliran yang sepatutnya. But this time depends pada diri student sendiri, sama ada mereka boleh bawa atau tidak.

via GIPHY

So girls, apa pendapat korang sendiri tentang isu ini? Adakah ianya satu pembaharuan yang ditunggu-tunggu atau sebaliknya? Bagi Ainaa sendiri, semua benda ada pro and cons tapi semuanya terpulang pada diri student sendiri. Asalkan dia tahu dah habis sekolah nanti nak sambung belajar course apa dan tahu apa cita-cita yang perlu mereka capai.

Apa pun, good luck sekali lagi pada student SPM yang dah mula paper atau bakal mula paper tak lama lagi. SPM bukanlah penentuan masa depan korang, tapi ia merupakan titik tolak kejayaan korang suatu masa nanti, cewah kemain nasihat! Ingat girls, study smart, not hard!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Order Makanan Guna Apps Ni!

‘Haram’ Kongsi Barang Mekap Ini Dengan Sesiapa Pun