in ,

No Highlighter, No Problem! Ganti Dengan Ini Je

Aduhhh, dah highlighter habis pula! Macam mana nak bersiap keluar esok..

Ehh, barang makeup dah habis keteew? One of makeup product yang penting ialah highlighter! Tapi kalau dah habis, takkan nak keluar beli sekarang? Tenang girls, korang tak perlu kelam kabut pergi mall untuk beli, cukup sekadar pakai barangan ini sebagai ganti highlighter… 

EYE SHADOW

via GIPHY

Siapa kata eye shadow hanya digunakan untuk ‘warnakan’ kelopak mata saja? Boleh kalau kita nak dijadikan as highlighter. Actually formula yang digunakan untuk hasilkan eye shadow lebih kurang je dengan highlighter which is untuk bagi effect glowing dekat muka kita. Just make sure korang pilih warna silver, rose gold, copper atau warna yang ada shimmer. Barulah cantik girls!

LIP BALM

Image result for girl wear lipbalm
Sumber gambar

Yes, jangan terkejut ya girls. Actually lip balm pun boleh dijadikan sebagai highlighter. Bila sapu dekat bibir pun dah berkilat, inikan pula kalau sapu dekat high point of your face, lagilah shining bak masa depan! Caranya korang just calit je lip balm itu dekat jari dan sapu dekat area atas cheekbone. Jangan guna banyak sangat ya, takut nanti jadi over shining pula.

CONCEALER

via GIPHY

Concealer bukan saja boleh guna untuk tutup segala macam cela dekat muka, tapi boleh juga dijadikan bahan ’emergency’ untuk makeup. Pilih concealer yang berwarna lebih terang daripada warna kulit kita. For those yang suka natural makeup, penggunaan concealer sangat sesuai untuk look itu sebab ia tak terlalu shimmer yang melampau. Weekend ini boleh try pakai, mesti bertambah cantik!

FACE OIL

Image result for girl wear face oil
Sumber gambar

Fungsi face oil ialah untuk neutral kembali kulit wajah kita. But at the same time ia boleh dijadikan kulit muka glowing lepas pakai makeup! Caranya simple je, campur sikit face oil dengan liquid foundation yang korang nak pakai dan apply macam basa. Nanti makeup itu akan nampak lebih glowing dan cantik! Nak lagi cantik, letak sikit lagi face oil dekat area cheekbone dan tulang hidung kita. Barulah daripada jauh dah nampak korang berjalan, hehe!

See girls, korang tak perlu pun beli banyak-banyak barang makeup. Kita gunakan semula barang yang ada supaya poket pun selamat. Tapi ini hanya cara alternatif saja, jangan pula korang ikut cara ini sampai bila-bila. Lama-lama, barang makeup yang dijadikan ganti pun boleh habis lagi cepat.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Lagu K-Pop Yang Akan Beri Korang Inspirasi! No.4 Fav Kami!

Youtuber Korea Peluk Islam, Kini Digelar Daud Kim