in ,

Newkidd Kolaborasi Bersama Aizat Amdan Untuk Lagu ‘Me Me We’

Sumber gambar: Kmania.com

Wow! Hebat betul Aizat Amdan ada lagu dengan artis Korea?!

Newkidd menyertai projek ‘Me Me We’ di bawah kelolaan ME ME WE Gangnam, bergandingan dengan lapan orang penyanyi lain di serata Asia Tenggara, sebagai suatu langkah amal bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Jinkwon Newkidd mengumumkan kolaborasi tersebut, “Agak menyedihkan bila kami kesempitan masa untuk temui peminat disebabkan Covid-19. Saya berharap suatu hari nanti, saya dapat bertemu dengan peminat di atas pentas secepat mungkin. Saya juga sedang menulis lirik dan cuba meluangkan masa sedia ada untuk menjadi artis yang berjaya.”

Woochul pula berkata, “Lirik ‘Me Me We’ ini sangat indah. Antaranya, lirik chorus begini, Sekaranglah, bukalah hati kamu.’ Ia membuatkan anda mendengarnya terasa segar-bugar. Saya harap dapat gunakan kudrat kecil ini untuk hadapi kesukaran hidup ketika ini.”

Bagaimanapun, hanya empat orang ahli Newkidd yang hadir bagi mengikuti sesi rakaman lagu tersebut iaitu HwiWoochulJinkwan, dan Yunmin saja manakala tiga lagi yang lain: Hansol, Jiann, and Seungchan dikatakan masih lagi mendapat rawatan di hospital di mana ‘kehilangan’ mereka secara tiba-tiba menimbulkan tanda tanya netizen sehingga mendapat liputan meluas beberapa minggu yang lalu.

Turut menyertai projek ini ialah dua orang penyanyi Korea sedia ada, Ailee dan Ravi VIXX serta penyanyi Malaysia, Aizat Amdan. Empat lagi penyanyi lain dalam senarai ialah Rahmania Astrini (Indonesia), Chillies (Vietnam), PAM (Thailand) dan Quest (Filipina).

‘Me Me We’ yang merupakan projek usahasama antara pejabat ME ME WE Gangnam dan Warner Music. Diterbitkan oleh MZMCyang sebelum ini dikenali dengan penghasilan lagu hits K-Popseperti lagu “Ko Ko Bop’, ‘Tempo’ dan ‘Love Shot’ nyanyian kumpulan EXO, single ‘Me Me We’ ini dirakamkan oleh artis-artis terlibat di studio negara masing-masing.

MZMC juga pernah bekerjasama dengan kumpulan artis popular lain seperti Red Velvet dan Shinee, yang juga dari Korea Selatan. Rakaman tersebut terpaksa dilakukan di studio masing-masing. Sebaik rakaman semua selesai, nyanyian mereka kemudian disatukan menjadi karya ‘Me Me We’ yang kini boleh didengar melalui video muzik rasminya dalam saluran YouTube Warner Music Koreamahupun dalam platform muzik digital.

Dengan gabungan suara dari enam dunia yang berbeza berkenaan, lagu ‘Me Me We’ dipercayai mampu untuk menyatukan khalayak ataupun penonton global dan setidak-tidaknya dapat menghiburkan mereka kala berdepan perintah kawalan oleh setiap negara terbabit.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

6 Lokasi Picnic Kawasan Lembah Klang Korang Harus Usha

Mula Terkenal Di TikTok, Kini Mereka Bergelar Influencer