in ,

Netizen Mengamuk Kembar ‘7G’ Keluarkan Lipstick Timbang Kilo

Siapa tahu tentang isu kembar 7G yang tengah hot dekat Twitter sekarang? Ainaa pun naik pening juga bila dengar tentang isu baru adik beradik kembar. Before this pasangan adik beradik kembar Siti Norsyafiqah dan Siti Norsyakirah ‘famous’ dekat social media selepas salah seorang daripada mereka dapat result 7G dalam percubaan SPM kalau tak silap Ainaa.

Image result for ieka dan iera tajudin
Sumber gambar

Result dia bocor bila ada salah seorang classmate mereka expose result tersebut dekat Twitter sehinggakan kedua-duanya kena kecam teruk. Siapa yang tak malu bila ramai orang tahu result exam kita? Kalau result flying colors okay lagi, tapi kalau teruk? Even isu 7G dah lama berlalu, tapi netizen masih lagi bercakap tentang hal yang melanda kedua-dua Instafamous ini.

Baru-baru ini, nama mereka mula ‘naik’ semula lepas Siti Norsyakirah atau dikenali sebagai Iera post gambar mereka berdua dekat depan satu kedai yang dikenali sebagai ‘kilang kosmetik’ yang mana boleh hasilkan produk kecantikan buat sesiapa yang berminat. Tapi dua-dua kembar ini menafikan yang kilang tesebut hasilkan produk timbang kilo. Netizen lebih bijak, mereka dah buat research dan ‘mengesahkan’ bahawasanya ‘kilang’ itu memang hasilkan produk timbang kilo untuk sesiapa yang berminat untuk berniaga produk kecantikan jenama sendiri.

Tak cukup kena kecam sebab gambar depan ‘kilang’, kecaman bersambung bila gambar produk yang mereka hasilkan which is lipstick matte itu viral dekat Twitter. Kata netizen, gambar produk yang mereka post tu sangat tak professional sebab code lipstick yang mereka letak itu tak sesuai. Just imagine, code lipstick diinspirasikan oleh map dekat dalam game PUBG. Mana netizen tak pelik,lebih lagi bila font tulisan yang digunakan tak sama dan sangat tak profesional. Ada juga yang komen tentang makeup yang digayakan. Amboi, nampaknya semua benda tak kena ya.

Sumber gambar

Bagi Ainaa sendiri, maybe adik beradik kembar ini perlukan guide daripada orang yang lebih dewasa since mereka pun baru habis sekolah, mesti banyak benda yang mereka kena belajar lagi. Tapi kesian juga sebab asyik kena kecam je, semua benda yang mereka buat mesti nampak salah dekat mata netizen. Maybe sebab salah mereka sendiri juga sebab kalau nak keluarkan produk kecantikan bukannya senang tau. Banyak stage yang perlu dilalui sebelum dijual di pasaran.

Apa pun, harapnya Ieka dan Iera kekal bertabah walaupun ramai yang kecam produk mereka. Mungkin banyak benda yang boleh diperbaiki dengan cara minta tolong founder local yang lain. Tak salah pun kalau nak berniaga, asalkan produk yang dijual bermanfaat untuk pengguna.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Soalan ‘Larangan’ Tanya Dekat Girls Bila Nak Berkenalan…

Squad Baru VSCO Girl?