in ,

Netizen Korea Pilih K-Pop Idol Ini Sebagai Menantu Pilihan Ibu Mereka!

Sumber gambar: www.hallyusg.net

Kalau korang familiar dengan dunia K-Pop, mereka memang ada banyak sangat gelaran dan sandangan yang selalu dipilih oleh peminat sebagai The Goddess, Nation’s Boyfriend, Nation’s Girlfriend, Golden Maknae, Nation’s Sweetheart, Nation’s First Love dan banyak lagi. Baru-baru ini, netizen Korea sekali lagi telah memilih beberapa K-pop idol dari kumpulan lelaki yang terbaik untuk sesuai digelar sebagai menantu pilihan ibu mereka. Untuk pengetahuan korang, kalau yang betul-betul Nation’s Son-In-Law di Korea, ramai yang memilih pelakon Lee Seung Gi sebagai yang nombor satu tetapi untuk K-pop idol, jom kita tengok siapa…

JIMIN BTS

Sumber gambar: pinterest

Kalau nombor satu dalam K-pop idol Nation’s Son-In-Law, ramai yang telah memilih Jimin BTS. Ini disebabkan, Jimin bukan sahaja terkenal dengan aura dan persona yang memukau ramai orang apabila dia di atas pentas. Malah, dengan Jimin juga terkenal dengan keperibadian yang baik dan sangat ramah dengan orang ramai pun menjadi faktor kenapa ia menjadi perhatian.

BAEKHYUN EXO

Sumber gambar: pinterest

Bukan setakat muka sahaja yang hensem tapi Baekhyun juga disayangi ramai orang sebab dia memiliki sifat yang sangat ceria dan ramah pada orang ramai. Dah lah Baekhyun ini ada vokal yang hebat. Siapa sahaja ibu-ibu yang tak suka dengan dia kan?

EUNWOO ASTRO

Sumber gambar: pinterest

Sudah pasti, Cha Eun Woo akan dipilih dan sentiasa menjadi pilihan netizen untuk dijadikan menantu ibu mereka sebab dah lah berbakat dalam bidang nyanyian, pandai belakon, memang pandai dalam akademik. Eunwoo juga siap ada pakej tinggi yang sempurna, muka yang sangat kacak tapi steady and humble! 

MINHYUN NU’EST

Sumber gambar: pinterest

Selain dari itu, Minhyun Nu’est pun telah dipilih sebagai Nation’s Son-In-Law oleh netizen Korea sebab bukan sahaja dengan kelakuan dia yang suka senyum dan cool. Akan tetapi disebabkan visualnya yang nampak seperti seorang putera raja pun menjadi sebab kenapa Minhyun layak mendapat gelaran Nation’s Son-In-Law.

Ada juga K-pop idol lain yang masuk dalam Nation’s Son-In-Law list ini seperti Kang Daniel, Rowoon SF9, Doojoon Highlight dan juga Junsu JYJ yang juga dipilih oleh netizen Korea atas sebab faktor visual, bakat, ramah, dan lain-lain. Ada tak bias korang yang masuk dalam carta ini? Kalau ada, mesti korang seronok kan? Hehe! 

What do you think?

19 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kuih Famous Yang Selalu Dibeli Di Bazar Ramadan!

Resepi Ala Meatballs Ikea Mudah Dan Sedap!