in ,

Netizen Emosi Jabir Meftah ‘Minta Sponsor Belajar’

Sumber gambar: Instagram

What? Nak masuk belajar pun sampai minta sponsor? Tapi dia kan memang pandai pun? How come boleh minta sponsor untuk study?

Siapa pernah dengar nama Jabir Meftah yang sebelum ini wajahnya terpampang di kaca TV sebagai penyampai hadiah untuk satu anugerah terkenal pada tahun lepas. Bukan itu sahaja, namanya juga mula dikenali ketika menyertai sebuah program realiti baru-baru ini. At the same time dia juga pernah sekali lagi viral di social media kerana memperoleh keputusan yang cemerlang pada peperiksaan SPM beberapa tahun yang lepas.

Tetapi sejak semalam, nama Jabir sekali lagi viral sehingga trending di Twitter Malaysia. Semuanya disebabkan dia mengeluarkan satu kenyataan yang agak tidak menyenangkan sehingga membuatkan ramai netizen sedikit triggered dengan kenyataannya itu.

Namun hari ini nampaknya akaun Twitter milik Jabir sudah tidak aktif lagi yang mana kemungkinan besar dia sudah deactivate kan akaun tersebut. Mana tidaknya, sejak semalam namanya mula disebut-sebut sehingga ada yang face-shaming dirinya dan menganggap dirinya seperti kartun Avatar dan kelihatan agak pelik. Amboi, korang pun jangan la melampau sangat sampai nak downgrade orang macam tu sekali.

Ada beberapa twit menyatakan Jabir merupakan seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Petronas(UTP) dan dikatakan juga dia berhenti belajar walaupun telah menerima biasiswa demi untuk menyertai program realiti tersebut. Alamak! UTP tu kan universiti yang terkenal dengan pelajar bijak pandai. Tapi Jabir ni memang pandai so no wonder la dia boleh masuk ke universiti tersebut.

GAMBAR] Kenali Jabir Meftah, Model Yang Tular Di AME 2019! | Murai MY
Sumber gambar: Twitter

Sebenarnya sebelum twit itu viral, ada satu lagi twit milik Jabir yang agak mengguris perasaan ramai netizen di Twitter. Twit asal itu merupakan satu twit milik seorang gadis yang ingin ke farmasi untuk membeli face mask tetapi dia tidak dibenarkan untuk memasuki ke dalam farmasi tersebut kerana tidak memakai face mask. After that twit tersebut telah di quote oleh seorang lelaki yang mana memberi bayangan bahawa situasi tersebut sama sahaja dengan keadaan seseorang itu mahu mencari pekerjaan tetapi permohonan ditolak kerana tidak mempunyai pengalaman kerja.

Mungkin disebabkan salah faham terhadap twit tersebut, Jabir telah membalasnya dengan kata-kata yang agak tidak menyenangkan warganet. Bagi Ainaa sendiri, ada benarnya apa yang lelaki tersebut katakan sebab ada certain company yang mahu pekerjanya mempunyai pengalaman kerja sebelum diserap masuk ke dalam sesebuah syarikat. Tapi kalau tujuan kita nak minta kerja sebab untuk mendapatkan pengalaman, macam mana kita nak ada pengalaman terlebih dahulu sebelum ada pekerjaan? Betul tak?

Kalau korang nak tahu, Jabir juga merupakan salah seorang sukarelawan untuk satu organisasi yang mana dia bergerak bersama untuk membantu mereka yang memerlukan. Sebelum ni banyak je Jabir share twit berkenaan aktiviti sukarelawannya, ada juga gambar dia bersama dengan Coki turun padang untuk mengagihkan bantuan.

Sebab itu orang kata, terlajak perahu boleh berundur. Terlajak kata, buruk padahnya. Sekarang ni Jabir terpaksa menerima ‘kecaman’ daripada netizen akibat kata-katanya itu. Bukan la nak menyalahkan dirinya 100%, tetapi kita sendiri sebenarnya kena fikirkan juga apa pro and cons setiap kata-kata yang kita lontarkan di social media. Lebih-lebih lagi Jabir tu merupakan orang yang dikenali, so no wonder setiap apa yang dia lakukan akan mendapat perhatian. Mungkin ada salah faham antara Jabir dan sesetengah netizen sehingga membuatkan perkara ini bertambah rumit. Harapnya nanti dapat la diselesaikan dengan segera.

So korang, tak kisah la kalau tak ada sesiapa kenal diri kita di social media, elakkan daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh provoke orang ramai atau menimbulkan isu. Bukan apa, netizen zaman sekarang ni sangat menakutkan. Boleh jadi disebabkan kata-kata kita di social media, habis semua tentang diri korang akan disebarkan oleh mereka yang tak bertanggungjawab.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments