in ,

Netizen Cringe Adik Beradik Kembar Keluar ‘Date’

Sumber gambar: https://www.instagram.com/nurilblqis/

Aikk? Orang buat video sweet dengan girlfriend, tapi lelaki ini buat video sweet potong kaki dengan kembar sendiri? Hmmmmmm lain maciam pula bila tengok.

Guys, korang dah tengok ke belum video yang jadi bualan hangat netizen since last week di Twitter? Ada satu video menunjukkan pasangan adik beradik kembar yang katanya ada ‘date’ di salah sebuah mall weekend lepas.

Actually videonya biasa saja, lelaki itu bangun pagi dan bersiap dari tempat dia belajar dan naik bas terus ke mall tempat kembar dia tunggu. Sepanjang ‘date’ mereka ada tunjuk mereka pergi makan lepas itu jalan-jalan. Cuma yang jadi ‘masalah’ pada netizen yang tengok video tersebut ialah bila mereka berpegangan tangan macam pasangan bercinta dan lagu yang dia gunakan sebagai background muzik agak tak sesuai.

Lagu yang digunakan lebih sesuai untuk orang bercinta dan bukannya untuk video pasangan adik beradik! Kalau kita tengok pun sebenarnya memang tak ada salah atau masalah pun sebab nampak macam siblings yang normal keluar berjalan saja. Maybe sebab gaya mereka yang buat orang rasa tak selesa bila ditunjukkan dalam bentuk video.

Sampai ada netizen yang sifatkan video tu menyumbang pada perkara sumbang mahram adik-beradik. Alamak, macam makin teruk kalau dah anggap seperti itu. Bukan itu saja, ada lirik dalam lagu itu yang memang sangat tak sesuai untuk adik beradik sebab ada mention tentang ‘masa depan bersama dengan anak-anak.’

But actually bagi pendapat Ainaa sendiri, video itu tak ada masalah pun. Cuma agak cringe part pemilihan lagu dan ada satu part si lelaki ini pandang kembar dia macam pandang girlfriend. Aduhh, rasa terganggu sikit. But overall okay saja sebab dia hargai quality time dengan adik sendiri. Lagi-lagi ada part before mereka balik, si adik salam cium tangan si abang which is tak ada masalah sekali pun tak berdosa pun salam abang sendiri.

Masing-masing ada pendapat sendiri. But maybe after this tak perlu sampai tunjuk part korang sweet adik beradik sebab ada certain orang tak sependapat dengan kita. Ada juga netizen yang komen positive sebab tengok hubungan baik adik beradik kembar tersebut. Tak semua orang ada good relationship dengan adik beradik sendiri, even ada je yang pantang jumpa adik beradik confirm bergaduh.

Dekat bawah twit video tersebut, si lelaki ada explain yang dalam family dia si adik itu je perempuan dan sebab itu dia manja. Dia juga cakap yang pemilihan lagu dia buat secara random dekat YouTube je dan tak ada niat lain pun. At the same time dia juga masih lagi berfikiran waras daripada buat perkara yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Maybe after this kalau ada buat video sweet seperti ini, simpan buat tatapan sendiri je lepas ni kalau ada buat lagi video baru hang out together. Tak adalah orang salah faham dan diri sendiri kena kecam okay.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Comeback K-Idol Bulan October, Korang Dah Ready?

Markah 70/100 Di Kira Gagal Di Korea? Korang Patut Bersyukur Jadi Malaysian