in ,

Nervous Waktu First Date, Jom Try NO.2?

Sumber gambar: weheartit.com/entry/331226736

Perghhh! Nervous terox first date… Apa nak buat? Takkan nak bawak jumpa parents terus waktu first date? Lain macam punya advance kalau terus macam itu, huhu!

Fuhhh bukan korang je yang nervous, sis pun nervous juga bila first date! Kalau bercinta dengan orang yang before this kita dah selalu jumpa itu lain. Ini kalau bercinta dengan orang yang dah lama tak jumpa? Tak ke nervous waktu first date? Nak pergi mana dan buat apa pun tak tahu, jadi blank! But it’s okay girls, kami ada beberapa tips yang boleh digunakan for those yang baru nak pergi first date dengan si dia…

KUIZ PERKENALKAN DIRI

via GIPHY

Takkan nak tanya dia soalan basic yang dah pernah ditanya waktu tengah text malam-malam? Kalau dah jumpa, nak tanya soalan lain pula? Kalau setakat buat soal jawab takut serious pula nanti.. Why not korang buat kuiz perkenalkan diri? Masing-masing cuba kenalkan diri dengan lebih dalam, supaya korang rasa lebih selesa. Tapi elakkan tanya soalan sensitive macam siapa ex lama dia, kenapa break dengan dia atau kenangan manis dengan ex. Soalan seperti itu boleh mengundang bad mood dan risau korang pula yang sakit hati nanti.

BOOKSTORE DATE!

Nak suruh korang food hunting, dah biasa sangat. Since masing-masing pun masih dibangku sekolah lagi, korang boleh cuba bookstore date! FYI, sekarang ini dah ada banyak bookstore yang membolehkan pengunjung luangkan masa di sana. Contohnya dekat bookstore BookXcess yang baru buka dekat Setia Alam baru-baru ini! Cool gila sebab siap ada ruang untuk baca buku dan minum kopi lagi! Boleh korang sama-sama cari buku favorite dan luangkan masa dekat sana. Lagi pun membaca dekat sana adalah percuma, so tak kisah nak lepak berapa lama pun okay. Rare tau kalau date dekat bookstore!

JADI DIRI SENDIRI

Image result for be yourself meme
Sumber gambar: Imgflip

Jangan disebabkan ini ialah first date, so korang cuba untuk jadi seorang gadis idaman lelaki yang lemah lembut dan sopan santun walaupun hakikatnya korang seorang yang happy go lucky! NO! Jangan cuba jadi macam orang lain demi untuk pikat hati lelaki. Kalau dia betul suka dekat kita, dia boleh terima perangai sebenar kita betul tak? Tapi tak bermaksud dekat sini nak suruh korang terus mencarut depan muka dia, risau belum apa-apa korang dah kena reject nanti. Just be yourself, tak perlu nak cover ayu pun. Rasanya mereka lagi suka kalau kita tunjuk perangai sebenar macam bila kita dengan kawan-kawan dekat depan dia tau. At least kita tak fake.

BARU FIRST DATE, JANGAN SUKA MERAJUK

via GIPHY

Ya, merajuk dan girls tak dapat dipisahkan, ia bagaikan sebati dalam diri kita. Tapi kena ingat, ini ialah first date, so jangan nak merajuk banyak sangat. Maksud merajuk dekat sini ialah bila si dia tak nak jawab soalan yang ditanya, tak nak ikut pergi tempat yang korang ajak atau tak fokus dengan apa yang korang cakap, terus nak tarik muka sekali muncung sampai hujung jalan. Perkara itu boleh merosakkan mood sebab ia sangat mengganggu emosi si dia yang terpaksa nak pujuk. Risau belum nak set second date, balik nanti terus si dia menghilangkan diri.

Kalau pendapat peribadi, sis lebih suka buat something interesting waktu first date. Contohnya macam bookstore date, lepak dekat kedai buku dan dekat situ kita boleh buat sesi suai kenal. Lagi pun tempat dekat situ tak ramai orang dan korang boleh fokus antara satu sama lain. Korang pula macam mana? Kalau first date, korang suka buat apa? Make sure buat benda yang berfaedah ya, jangan ajak pergi tengok wayang pula sebab macam buang masa je dua jam lebih tengok wayang, bukan korang berdua boleh bersembang pun.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pastikan Korang Tidak Tertinggal Barang Ini Sebelum Masuk Dewan Exam!

Tips Pilih Saiz Tepat Waktu Beli Barangan Online