in ,

Nervous Cakap Dengan Crush Sampai Gagap? Cuba Cara Ni…

Sumber gambar: https://www.halodoc.com/anak-gagap-jadi-korban-bully-ini-yang-harus-dilakukan

Punya la nervous bila nak bercakap dengan crush tu sampai tersalah cakap. End up si dia berlalu pergi sebab lama sangat nak tunggu korang habiskan satu ayat.

Ada orang alami gangguan gagap dan benda tu sedikit sebanyak ganggu komunikasi dengan orang lain. Ada certain gagap tu boleh hilang dengan sendiri dan ada juga disebabkan keturunan. Biasa budak-budak je yang alami masalah ni.Tapi for those girls yang automatik jadi gagap bila nak mula bercakap dengan crush, ini cara yang korang boleh tangani…

TARIK NAFAS DALAM DALAM

via GIPHY

Before mula bercakap, korang tarik dulu nafas dalam-dalam. Anggap la ni one of cara untuk practice supaya korang boleh lerbih bertenang dan mampu untuk susun ayat. Just imagine bila pernafasan korang tersekat, korang akan alami kesukaran untuk bercakap sampai buatkan rasa tergagap.

CAKAP PERLAHAN-LAHAN

via GIPHY

Cakap laju-laju nak pergi mana? Tak hilang pun si dia tu dekat depan mata. Ambil masa untuk bercakap dan habiskan ayat. Bila korang cakap perlahan-lahan, susunan ayat akan jadi lebih teratur. Lama-lama nanti korang takkan rasa tergagap dah.

BERLATIH BERCAKAP DENGAN NADA NYANYI

via GIPHY

Tak kisah la suara korang tak sedap sekali pun, tapi once korang menyanyi, gagap tu automatic akan hilang. So, caranya dekat sini korang kena practise bercakap seolah-olah tengah menyanyi. Cara ni macam kelakar tapi berkesan tau girls. Tak percaya, try la dulu buat cara ni.

FIKIR POSITIVE

via GIPHY

Buang jauh-jaug segala perasaan malu dan nervous korang tu. Kalau dibiarkan, sampai bila korang nak tergagap-gagap lagi macam tu? Minta support daripada kawan yang terdekat. Tapi kalau dah cuba macam-macam cara pun korang still sama, jangan pernah putus asa ya girls!

Korang jangan pernah rasa rendah diri sebab gagap. Jangan sedih kalau korang tak dapat nak bercakap dengan normal depan si dia. Sedangkan Ainaa yang tak gagap ni pun tak dapat nak bercakap dengan crush, korang pun mesti boleh buktikan sebaliknya! Huhu sedih! Jangan putus asa ya girls!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Lupa Bawa Camera Ni Kalau Pergi Holiday!🛫📸

Peraturan Untuk Sorok Pipi ‘Extra’