in ,

NCT 127 dan Lay EXO Belum Dapat Bayaran Projek Tribute To Micheal Jackson?

Sumber gambar: www.hellokpop.com

Korang pernah dengar tak lagu Let’s Shut Up & Dance yang dinyanyikan oleh Jason Derulo, NCT 127 & Lay EXO? Untuk pengetahuan korang, projek tribute itu adalah projek khas untuk Micheal Jackson “The Greatest Dancer” dan berjaya meraih lebih 42 juta tontonan. Walaupun projek tribute itu sudah pun setahun lebih dijalankan tetapi apa yang tak bestnya adalah 769 Entertainment iaitu syarikat yang bertanggungjawab dalam projek dikhabarkan masih lagi belum membayar kewajipannya kepada SM Entertainment.

Sumber gambar: hello kpop

Setakat ini, pihak 769 Entertainment dikatakan telah menunda bayaran produksi lagu tersebut yang melibatkan jumlah wang sebanyak 84 Juta Korea Won. Pada hal, selama projek ini dijalankan mereka telah menghasilkan sekitar 1.2 Billion Won daripada projek tribute tersebut. Woah! Banyak juga! Tapi kalau projek dah berjaya tak nak bayar pula pun memang cari nahas juga mereka ini kan? 

Katanya, sudah ada beberapa staf dan beberapa pihak yang berkaitan dengan projek ini sudah meminta kerjasama 769 Entertainment untuk menyelesaikannya tanggungjawab ini dengan cepat tetapi masih sahaja pihak 769 tidak mengambil tindakan yang pantas. Selain itu, sejak projek tribute ini dilancarkan, lagu Let’s Shut Up & Dance ini telah mendapat respons yang baik dari banyak pihak dan mendapat carta pertama dalam Chinese Apple Music untuk kategori dance

Sumber gambar: hello kpop

Mengenai hal ini juga, Hwang Yoon Ha, CEO 769 Entertainment dia juga menjelaskan bahawa pihak mereka telah meminta bayaran dari pihak Amerika Syarikat sejak bulan Mac lalu tetapi masih sahaja lagi tiada respon dari pihak sana. Sementara itu juga, mengenai wang 1.2 Billion Won yang diterima itu pula, Hwang Yoon Ha mengatakan itu adalah hasil bayaran untuk album berikutnya, bukan dari hasil video muzik yang dihasilkan pula. Eh? Macam-macam pula kan mereka ini bila dah sampai bab wang? Hehe.

via GIPHY

Apa-apa pun, kita harap masalah ini cepat-cepat diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab sebab iya lah, artis dah penat-penat menari dan praktis pun ambil masa yang lama dan lain-lain. Tup-tup pihak mereka pula tak dapat bayaran. Kan tak best macam itu? Lagi pun, projek dah dapat sambutan. Tak akan lah tak ada token sikit untuk artis ini kan? Ish-ish…

via GIPHY

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Antara Sebab Kita Perlu Tidur Pakai Selimut…

Penggemar Roti Boy Boleh Beli DIY Home-Bakers Kit!