in ,

Nampak Savage Tapi Suga BTS Sebenarnya Kucing!

Sumber gambar: vlive.tv/bts

Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Min Yoongi Suga BTS! Happy birthday to you! Yeay setahun lagi umur dia bertambah! Hehe! 

Hari ini adalah #HappySugaDay dan mesti ramai BTS ARMY yang tahu yang 9 Mac adalah hari paling istimewa untuk lil’ meow meow? Selain itu, mesti ramai juga ARMY tahu yang tahu Suga adalah penulis lirik, producer, komposer untuk Big Hit selain menjadi lead rapper untuk BTS. Walaupun Suga BTS nampak seperti seorang yang dingin, tak nak layan orang, cool dan dikenali sebagai tsundere dalam BTS, tak ramai yang tahu yang Sugaadalah seorang yang sangat soft and lovely, kalau yang tahu pun mesti BTS ARMY atau yang stan Suga sahaja? Okay, sempena hari lahir Suga BTS kali ini, meh LUNARIA kongsikan dengan korang semua antara sebab kenapa Suga BTS ini nampak saja savage tapi sebenarnya dia ini memang macam kucing. 

via GIPHY

TIDUR-MALAS

Sumber gambar: youtube

Suga atau Min Yoongi memang terkenal sebagai seorang yang memang suka tidur. Oleh sebab itu juga, dia digelar sebagai atuk dalam BTS. Siapa yang kacau Suga tidur, mesti nanti dia bising. Selain itu, Suga memang selalu di bahan oleh BTS yang lain setiap kali shooting sebab dia selalu nampak macam malas, mengantuk dan keletihan. Haha! Memang comel mereka semua dengan Suga.

PELUK

Sumber gambar: koreaboo

Selain itu, Min Yoongi juga adalah seorang yang memang suka dipeluk tetapi dia selalu acah-acah rimas dengan BTS lain. Kalau korang nak tahu, bila BTS lain tengah play around together, mesti Suga akan muncul tiba-tiba di antara mereka dan perhati saja perangai mereka dalam diam. Hek eleh Suga ini malu-malu kucing pula? Kalau nak peluk cakap sajalah!

PEGANG TANGAN

Sumber gambar: trendsmap

Ya, Suga ini sebenarnya memang sweet sangat orangnya. Dia memang suka pegang tangan semua ahli BTS tau sebenarnya. Kadang-kadang, macam kelakar sahaja kalau kita tengok cara Suga nak hulur tangan pada BTS yang lain sebab dia suka pegang tangan mereka semua. 

CHEF MIN

Sumber gambar: vlive

Dalam BTS, selain worldwide handsome Kim Seokjin, Suga BTS pun adalah salah seorang yang hebat dalam memasak. Lebih lagi nak masak steak, daging BBQ dan banyak lagi. Mungkin disebabkan abang kandung dia pun memang hebat dalam dunia kulinari, jadi dia pun terikut-ikut abangnya? Sebab itu juga, Suga dipanggil Chef Min oleh BTS yang lainnya. Antara makanan kegemaran dia pun memang berasaskan daging dan juga lamb skewers.

Nampak tak? Kat sini saja kita dah boleh don’t judge a book by it’s cover sebab macam kes Suga BTS ini mesti ramai yang akan assume Suga ini jenis yang mungkin nampak agak kasar dan sombong tapi perwatakan dia memang lain dari yang lain. Untuk pengetahuan korang juga, Suga memang sangat sayang pada haiwan seperti anjing dan kucing. Dia pun adabela seekor anjing bernama Holly, siap bahasakan dirinya daddy pada Holly tau! Memang comel sungguh! Dan kalau korang tengok semalam di Twitter @bts_twt, Suga BTS dah sambut birthday dia dengan ahli BTS yang lain tau dan Seokjin yang belanja pula tu! Memang seronok betul mereka! 

via GIPHY

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Perlu Beli Baru, Ini Cara Hitamkan Semula Pakaian Hitam

List Event Ditangguh Akibat Covid 19