in ,

Nama SpongeBob Sebenarnya SpongeBoy?

Sumber gambar: mrmedia.com

 Are you ready, kids? Aye-aye, Captain! I can’t hear you!Aye-aye, Captain!Ohhhhhhhh…! Who lives in a pineapple under the sea? SpongeBob SqaurePants!!

Hehe! Siapa excited bila dengar lagu dekat atas tu? Awal minggu ini, peneraju siri animasi SpongeBob SquarePants, iaitu Stephen Hillenburg telah menemui ajal akibat penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS)Kematian Stephen buatkan ramai peminat SpongeBob SquarePants rasa sedih dan terkilan! Harini LUNARIA kongsikan 5 fakta menarik tentang SpongeBob SquarePants!

SPONGEBOB IALAH SEJENIS KULAT!

Sumber gambar: Youtube.com

#Lunagirls perasan tak yang dekat badan SpongeBob tu ada lubang-lubang? Menurut pengkaji di San Francisco State University, “Sponge” ialah sejenis kulat or cendawan laut yang asalnya bernama Sea Sponge! Mesti selama ni korang ingat SpongeBob tu ialah span basuh pinggan yang warna kuning tu kan? Nope! Hehe!

NAMA SPONGEBOB IALAH SPONGEBOY

via GIPHY

Ini merupakan fakta yang paling best sekali! Sebelum nama Spongebob diperkenalkan, nama SpongeBoy ialah nama pertama Stephen nak letak untuk watak kartun ni tau! Tapi sebabkan nama tu ialah jenama pengeluaran mop lantai, Stephen terus tukar nama kepada Spongebob!

BIKINI BOTTOM WUJUD

Sumber gambar: Encyclopedia SpongeBobia – Fandom

Terkejut tak girls? Yesss nama Bikini Bottom memang wujud dan ia berada dekat dasar Lautan Pasifik dekat bawah pulau bernama Bikini Atoll di daerah Micronesia! Sebenarnya tempat tu ialah tapak percubaan nuklear oleh pihak Amerik Syarikat pada zaman 40-an dahulu!

UMUR SPONGEBOB

via GIPHY

#Lunagirls nak tahu tak berapa umur SpongeBob? Kalau korang perasan ada satu episod ni, SpongeBob tunjuk lesen memandu dia dan dekat situ ada tertulis tarikh birthday iaitu pada14 Julai 1986! Sekarang Spongebob berusia 32 tahun!

ANIMASI PALING LAMA

via GIPHY

Just imagine betapa kreatifnya Stephen ni bila SpongeBob SquarePants berjaya pegang rekod siri animasi Nickelodeon yang paling lama dan dah ada 200 episod! Hebat betul penangan SpongeBob dan kawan-kawan dia kan!

via GIPHY

Apa pun terima kasih kepada mendiang Stephen Hillenburg sebab dia berjaya buat kartun SpongeBob SquarePants as one of most favorite cartoon in the world! Antara banyak episod siri kartun Spongebob, yang mana favorite #Lunagirls? Korang komen dekat bawah okay! Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Muka Kusam? Jom Scrub Muka!

5 Tanda Phone Android Terkena Virus!