in ,

Nakal Sangat Sampai Lekat Gam Gajah Dekat Cawan!😑

Sumber gambar: Twitter.com

Haihh, kalau dah pergi makan tu, makan je la diam-diam. Tak payah la nak buat kacau pula dekat sana.

via GIPHY

Geram betul rasanya bila tengok satu video viral dekat Twitter baru-baru ini. Kalau lepak dekat kedai makan, jangan la sampai merosakkan harta benda kedai. Kesian dekat pekerja kedai nanti mesti diorang la yang kena marah dengan bos.

Sabtu lepas, ada seorang pengguna TwitterΒ share video yang menunjukkan seorang pekerja dekat sebuah kedai mamak dengan gigihnya terpaksa tanggalkan gam gajah daripada cawan yang melekat dekat meja! Tak ada kerja betul mereka yang buat perkara itu.

Alec kata geng budak-budak itu dalam anggaran bawah 17 tahun dan pada asalnya mereka hanya la melepak ‘berjemaah’. Mana datang idea ‘bijak’ sampai boleh terfikir nak lekatkan cawan itu dengan gam gajah tak tahulah.Β At the same time Alec bagitahu yang geng-geng tu siap cat called setiap girls yang lalu sambil buat bunyi macam tikus. Amboi amboi bukan main ya diorang ni, buat malu kaum je. Haihhh

Ramai juga netizen bengang dengan tindakan sekumpulan lelaki tu sebab apa yang mereka buat memang tak masuk akal langsung. Kesian dekat pekerja terpaksa cari jalan penyelesaian untuk cabut cawan, dahlah gam gajah kuat!

Sumber gambar

Beberapa netizen bagi cadangan supaya pekerja kedai mamak tu letak gam gajah pula dekat kerusi yang mereka akan duduk sebagai tindakan balas dendam, haha! Bukan main idea pun tak nak kalahkan. Tapi Ainaa sendiri yang tengok video itu pun rasa sakit hati dengan tindakan tak berakal kumpulan tersebut.

Ada segelintir masyarakat anggap gejala vandalisme ni macam perkara ‘biasa’ dan tak serious pun. Walhal daripada kecillah budak-budak ini perlu kena dididik tentang bahayanya gejalan vandalisme. Korang sendiri kalau nampak kawan-kawan merosakkan harta benda awam, jangan diam dan terus je tegur!

Kalau daripada sekarang tak bendung gejala vandalisme ini, bila lagi betul tak #Lunagirls? Semuanya bermula daripada diri kita sendiri.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Isu Budak Sekolah Buang Bayi?

Jenis Kawan Kita Jumpa Waktu Nak Habis Sekolah