in ,

Nak Warna Rambut Sendiri? Try Tips Ini…

Sumber gambar: https://www.glamour.com/story/how-to-color-your-hair-at-home

Wow, zaman remaja sekarang laa kita boleh cuba dan explore macam-macam perkara. Contohnya? Warnakan rambut of course, hehe! Tapi kalau buat dekat kedai confirm mahal punya.. Demi menjimatkan duit kita yang tak berapa nak ada tu, apa kata kita buat sendiri dekat rumah. Tapi korang kenalah ikut tips Ainaa juga supaya dapat hasil yang memuaskan dan cantik!

BLEACH BERHATI-HATI

via GIPHY

Before nak warnakan rambut mesti la kena bleach dulu supaya warna kita akan kekal lebih lama dan cantik. Make sure untuk pakai sarung tangan dan jangan sesekali biarkan cecair bleach itu terkena pada kulit kepala korang tau. Kalau nak lebih senang, kita minta tolong kakak atau adik buatkan.. supaya warna bleach akan rata dekat satu kepala nanti!

BELI PEWARNA LEBIH DARIPADA SATU KOTAK

via GIPHY

Setiap orang ada kepanjangan dan ketebalan rambut yang berbeza-beza. Sebab itulah kita kena beli lebih daripada satu box pewarna rambaut! In case tak cukup, boleh la top up lagi. Biar lebih daripada kurang betul tak? Tapi tak semestinya orang yang rambut pendek kena guna satu box je, still kena beli extra supaya warna tu meliputi kepala korang, nanti warna rambut kita akan lebih sekata tau!

PAKAI ALUMINIUM FOIL

Image result for warnakan rambut aluminium foil
Sumber gambar: https://womantalk.com/beauty/articles/15-istilah-penting-pewarnaan-rambut-di-salon-y3eBA

Biasa tengok dekat kedai mesti akan letak aluminium foil dekat area rambut yang diwarnakan betul tak? Sebenarnya, bukan suka-suka je tau letak benda alah itu… Tujuannya untuk mempercepatkan proses penyerapan warna ke dalam rambut! Tak ada la korang kena tunggu sampai 5 jam untuk warna rambut serap sepenuhnya! Ambil je aluminium foil mak korang dekat dapur pun boleh..

PILIH SATU WARNA LEBIH CERAH

Image result for hair dye

Sumber gambar: https://www.limecrime.com/hair/unicorn-hair-full-coverage-semi-permanent-hair-color/pony-bright-purple

Kalau dah masuk kedai jual pewarna rambut memang rambang mata.. Lebih lagi before that dah siap Google dulu warna apa yang cantik, bertambah pening nak decide. Tapi apa yang perlu korang buat ialah pilih satu warna lebih cerah berbanding warna yang korang nak sebab warna yang korang tengok tu akan jadi lebih gelap bila dah apply dekat rambut. Lagi-lagi kalau korang tak bleach rambut, lagi la gelap nanti jadinya.

So lepas ni boleh la buka salun sendiri dekat rumah. Kalau kawan-kawan nak korang buatkan, charge extra sikit, hehe! Make sure before korang warnakan rambut ni, minta kebenaran dekat parents dulu ya. Takut korang dah warnakan rambut, sekali parents tak bagi pula..

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments