in ,

Nak Trim Rambut Tapi Tak Ada Budget

Sumber Gambar: https://stylecaster.com/

Nak pergi trim rambut lah today. Dah bercabang dah ni.

Tahu tak, kalau korang trim rambut, rambut boleh jadi lebih sihat, cepat panjang, tidak gugur dan kurang bercabang. Tak payah pergi salon, boleh trim dekat rumah je. Ummi ada tips step by step untuk korang yang nak save duit tapi still nak jaga kecantikan rambut.

CUCI RAMBUT

via GIPHY

Pertama, cuci rambut korang dulu dengan shampoo. Biar hilang semua minyak, kotoran dan debu yang melekat dekat rambut dan kulit kepala. Bila rambut dah bersih, nanti lagi senang nak manage masa nak trim tu.

SIKAT BERGIGI

Sumber Gambar: https://ms.pngtree.com

Ha! Lepas dah basuh rambut dan dah keringkan, sikat rambut so that tak kusut. Kalau guna sikat yang bergigi, lagi senang nak leraikan rambut korang.

IKAT RAMBUT

via GIPHY

Sebelum trim, bahagikan rambut korang ke beberapa bahagian sebab rambut korang akan mudah di potong dalam jumlah yang sedikit. Ummi suggest untuk buat dalam tiga ke lima bahagian, depends pada ketebalan rambut korang.

GUNAKAN JARI

Sumber Gambar: http://boldbarber.com

Lepas tu, dengan menggunakan jari tengah dan telunjuk, tarik dengan kedua jari korang dan agak-agak berapa banyak nak trim. Alah, macam hairstylist buat masa nak potong rambut korang tu.

POTONG  

via GIPHY

Jeng jeng jeng, then baru bersedia untuk trim! Tapi pastikan korang guna gunting yang sesuai dan tajam tau. Kalau tak, tersekat-sekat bila potong tu sebab korang pakai gunting potong cili. Alamak! Bukan setakat merosakkan rambut, nanti jadi pedas pulakl rambut.

Macam mana tips Ummi ni #Lunagirls, boleh guna ke tak? Kalau korang still macam tak sure, tengok je dekat YouTube, ada banyak step by step. Tapi cara ini bagus tau girls, sebab murah dan boleh jimat sekali!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pergi Holiday Elak Matahari Macam Vampire!

Seong Wu Ada Kat Malaysia???