in ,

Nak Tips Cemerlang Akademik? Ini Korang Boleh Buat!

Sumber gambar: boardingschoolreview.com

Di sekolah atau mana-mana institusi pendidikan, kita sebagai seorang pelajar sudah pasti ada impian untuk menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan lain-lain. Memang tipu kalau kita tak pernah mencemburui kawan-kawan yang dapat keputusan lebih baik daripada kita. Hmm, daripada korang cemburu, kenapa tidak korang cuba minta mereka tips untuk jadi lebih baik dan cemerlang pada masa akan datang atau jadikan mereka sebagai salah satu pesaing yang sihat dalam kalangan kawan-kawan sekelas. LUNARIA ada beberapa orang kawan-kawan yang cemerlang dalam akademik dan jom kita tanya apa usaha yang mereka lakukan untuk kekal jadi yang terbaik dalam pelajaran.

 

Sumber gambar: cluey learning

Pertama sekali jangan mudah putus asa jika korang tak dapat melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, korang perlu tetap berusaha gigih untuk capai target korang contohnya nak dapat A dalam peperiksaan. Justeru, kalau korang gagal sekali dalam peperiksaan tak bermakna gagal selamanya. Teruskan ulangkaji soalan yang salah dan buat latihan berlebihan atau untuk lebih mudah menghafal, buat nota sendiri. Akhir sekali, jangan belajar kalau penat nanti susah nak faham dan ingat. -Iman Farisha- 

 

View this post on Instagram

 

sometimes you win,sometimes you learn☆

A post shared by *゚・゚。.✧ ƒαrιѕнα ✧ *。・゚✫ (@imanfarisha._) on

Antaranya kita kena betulkan niat kita, apa tujuan dan niat kita belajar, kalau dah betul niat kita, kena berdoa juga. Akan tetapi mesti lah kena ada usaha dan kalau belajar kena penuh tumpuan dan jangan main-main. Bukan hafal nota tapi fahamkan. -Alya Nabiha-

Sumber gambar: courses malaysia

Korang semua kena ada azam yang kuat untuk berjaya supaya selalu rajin untuk belajar, ia juga sebagai salah satu motivasi. Selain itu, korang juga wajib fokus waktu cikgu tengah mengajar sebab apa yang cikgu ajar itu mesti akan keluar exam. -Muhammad ‘Aqil-

Sumber gambar: tech radar

First sekali, korang kenalah buat jadual waktu untuk belajar supaya nanti masa korang terurus sikit,lepastu korang jangan study hard sangat, korang kena lah rehatkan diri jugak macam kalau saya,setiap hari saya akan buat homework je and sabtu and ahad saya akan ulangkaji sikit ² ,jangan paksa diri kalau tak nanti tak faham apa yang kita belajar. lepastu dalam kelas kita kena fokus and dengar apa yang cikgu cakap sbb apa yang cikgu ajar tu la lagi bagus daripada apa yang kita belajar sendiri. -Zikry Zaherman-

Sumber gambar: Zikry Zaherman

Lain orang lain caranya, jadi selepas ini korang boleh cuba tips yang kawan-kawan kita ini kongsi sebab mana tahu salah satunya adalah yang sesuai untuk diri korang. Bolehlah selepas ini korang sama-sama berjaya dalam akademik. Apa yang penting adalah jadi sendiri, dan korang perlu percaya dengan kemampuan diri korang sebab tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang dilahirkan tidak pandai, cuma kita sahaja perlu berusaha untuk dapatkannya.

Sumber gambar: OX

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lara Jean Curang Dengan Peter Kavinsky?! #toalltheboysilovedbefore2

Bahan ‘Rare’ Pengganti Makeup Remover