in ,

Nak Tambah Berat Badan? Jom Mulakan Challenge Ini!

Sumber gambar: Pinterest

Untung Sara, dia jenis makan banyak-banyak tapi badan maintain tak naik pun.

Siapa antara Lunagirls yang ada masalah berat badan underweight? So far apa cara yang korang lakukan untuk tambah berat badan? Korang tahu tak macam mana nak tengok BMI kita ni normal atau tidak? Kalau tak tahu, jom Ainaa share macam mana nak kira BMI .

BMI calculator in Excel - Easy Excel Tutorial
Sumber gambar: Excel

Firstly korang kena tahu berapa berat dan ketinggian. Then korang Google je terus ‘cara kiraan BMI‘. Masukkan kedua-dua info tu dekat ruangan yang disediakan dan automatik kita akan tahu berapa BMI kita. BMI ni sebenarnya untuk kita ketahui jumlah lemak badan seseorang berdasarkan nisbah berat badan berbanding ketinggian. Ia juga akan memberi tahu sama ada korang ni kurang berat badan, normal, terlebih berat badan atau obesiti.

Since Ainaa ni pun sebenarnya underweight sebab tak capai tahap BMI yang normal, Ainaa nak ajak korang semua yang ‘senasib’ dengan Ainaa untuk kita buat challenge tambah berat badan bersama-sama! Sekarang ni pun kita ada dekat rumah je, so tak ada masalah la kalau nak buat challenge ni. Kita mula esok, iaitu 15 April dan akhirkan pada 14 Mei. So, cukup la sebulan kan challenge ni, then kita boleh tengok berapa berat badna yang berjaya kita tambah. Kita mula dengan pemakanan dulu okay? Jom tengok makanan yang perlu kita ambil selepas ni…

MINUM SUSU FULL CREAM

via GIPHY

Korang jenis yang minum susu ke tak? Kalau tak minum tu susah sikit la, tapi kalau nak berjaya kena la paksa juga kan? Kita kena mula minum susu tapi kena make sure susu full cream la sebab susu tu mempunyai protein yang tinggi. Susu full cream ni tak sama tau rasanya dengan susu low fat dan susu coklat yang lain. Mula minum pada waktu pagi dan malam at least segelas sehari okay! Mula-mula tu mungkin susah nak minum, tapi kita kena usaha dengan cara ni ya girls!

TIMETABLE MAKAN

Gift Guide Week is Coming + Currently... | Whats gaby cooking ...
Sumber gambar: Pinterest

Selalunya kita makan mesti ikut suka, rasa lapar then makan. Bila rasa bosan, makan kudap-kudap je sebab kononnya tak lapar sangat so that’s why setakat makan makanan ringan je. Kita kalau nak berat badan bertambah, kena la makan on time. Waktu breakfast, makan banyak sikit sebab breakfast tu penting dan kalau rasa lapar tu makan je. Tak kisah la lapar sikit atau lapar banyak, makan je apa-apa yang ada. Nak makan makanan ringan tu boleh tapi biar berpada takut nanti berat tak naik, darah tinggi yang naik.

SUPPLEMENT TAMBAHAN

Dekat drugstore ada jual macam-macam vitamin tambahan untuk badan kita. Antaranya ialah vitamin C yang mana ia bukan sahaja untuk menambahkan selera makan tapi boleh buatkan kulit kita jadi sihat. Dengan syarat kena banyakkan minum air masak. Vitamin C ni akan menguatkan lagi sistem imun dalam badan dan melindungi badan kita daripada kerosakan radikal bebas. Tapi apa yang penting sebelum nak consume apa-apa supplement, minta nasihat doktor dulu ya. Takut vitamin atau suppliment yang korang nak ambil tu tak sesuai dengan badan.

MINTA NASIHAT DOKTOR

via GIPHY

Kita ni apa pun kena bertanya kepada yang lebih pakar. Takut kalau memandai-mandai, lain pula yang akan jadi dekat diri. Jangan sebab obses nak tambah berat badan sampai tak fikir kesan sampingan yang akan jadi. Korang kena juga minta nasihat doktor dan tanya kepada mereka apa kaedah yang boleh dibuat supaya berat badan bertambah. Ada certain orang metabolisme tinggi so sebab tu bila dia makan banyak pun, berat badan tetap maintain.

So girls, korang terima tak challenge ni? Kalau setuju jangan lupa DM Ainaa dekat IG dan kita sama-sama buat challenge ni okay. Komen juga dekat bawah ni kalau korang nak join sekali. Good luck untuk kita semua!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bosan Kuarantin, BTS Jadi Penjual Pasar Tani!

Gurauan Paling Tak Onz Yang Korang Tak Patut Cuba Langsung