in ,

Nak Skor Subjek Sejarah Dan Geografi? Nah Baca Ini…

Selalunya, orang akan bagi formula macam mana nak skor subjek agak mencabar seperti Matematik, Add Maths, Akaun dan subjek yang wajib sahaja.. Tapi kita sebagai pelajar mestilah kita akan rasa semua subjek itu penting dan nak catch up semua subjek itu memang perlukan usaha yang betul-betul padu untuk skor waktu peperiksaan nanti. Iyalah, kalau subjek yang wajib sahaja skor, subjek lain tak skor pun tak best sebab semuanya memang penting dan berguna untuk masa depan kita. Jadi Zoe akan share cara untuk skor subjek seperti Sejarah dan Geografi.

STYLE CIKGU AJAR

via GIPHY

Bagi subjek yang perlu ingat dan faham fakta korang memang memerlukan seorang tenaga pengajar yang kelakar dan tidak membosankan. Kita mesti akan mengantuk bila nak belajar satu benda yang banyak fakta bukan? Kadang-kadang dia punya tahap bosan itu, sampai buat kita tertidur dalam kelas. Let’s say kalau korang ditakdirkan dapat guru yang agak krik krik, kita tak perlu pun kutuk dia. Apa kata, awak jujur sahaja dekat cikgu itu yang subjek ini memang bosan, boleh tak kalau cikgu tukar sikit mood mengajar itu? Rasanya, cikgu zaman sekarang semua friendly dan korang boleh saja berbincang dengan cikgu itu baik-baik saja okay!

SIAPKAN AWAL!

via GIPHY

Siapkan awal-awal kerja kursus korang! Ya, lagi banyak awak semua tangguh lagi bertambah kerja korang. Contohnya , cikgu bagi deadline dua minggu. Korang siapkanlah awal-awal, kalau boleh pada hari yang cikgu korang bagi itu, siapkan dalam masa tiga hari atau set target bila korang boleh siapkan ikut kemampuan korang dan nanti bolehlah rehat awal sikit, badan pun tak stress sebab semua kerja sudah disiapkan dengan awal. 

BACA NOTA RINGKAS

Walaupun cikgu dah membantu korang dengan cara belajar yang sangat seronok tapi membaca itu pun wajib juga sebab kalau korang tak membaca memang akan mudah lupa. Kalau tak nak lupa dan malas baca panjang-panjang, korang terus tulis nota ringkas untuk revision akan datang. Jadi, bila tiba musim peperiksaan tak perlulah nak buat nota lagi dah, tinggal baca sahaja.

Selepas ini, mudah saja korang nak skor subjek Geografi dan Sejarah kalau cuba cara yang Zoe kongsi ini. Nak cuba cara lain dengan kena guna idola kegemaran korang pun boleh saja. Manalah tahu ada yang kena tengok muka Namjoon BTS baru masuk segala ilmu yang korang belajar itu sebab dia ada IQ 148. Hehe! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Instagram Buang Tab ‘Activity’, Macam Mana Nak Stalk Crush?!

‘Puasa’ Bubble Tea, Terus Dapat Beli Tiket Flight!