in ,

Nak Reject Tapi Takut Dia Terasa? Cuba Cara Ini

Sumber gambar: YouTube @Holly Gabrielle

Cinta tak boleh dipaksa. Kalau hati dah tak suka, takkan still nak tipu diri sendiri?

Hmm boys, korang dah terus terang ke belum dekat si dia yang korang tak nak ada apa-apa hubungan special? Memang susah nak terus terang, tapi kalau korang sendiri tahu relationship tu takkan ke mana, buat apa nak terima atau stay lagi? Harini sis Ainaa ada tips untuk reject cara smooth tanpa sakitkan hati si dia (kot).

JAUHKAN DIRI

via GIPHY

Dekat sekolah make sure korang tak kerap sangat terserempak dengan si dia. Kalau boleh elakkan jumpa berdua dekat kantin atau mana-mana. At least dia dapat hint yang korang sebenarnya tak berminat untuk ke next phase. Maybe dia tak faham sangat, tapi kalau dah banyak kali jadi mesti dia akan faham punya. Bila korang dalam group tengah berborak, jangan fokus sangat bila dia tengah bercakap. Tu je cara yang mudah korang boleh buat tanpa dia terasa hati.

MINTA MASA

via GIPHY

Macam yang Ainaa cakap tadi, cinta ni tak boleh dipaksa dan sebab tu la korang perlukan masa untuk fikirkan tentang hubungan tu. Cakap la dekat dia yang korang perlukan masa untuk berfikir. At the same time korang cuba yakinkan dekat dia yang korang memang perlukan masa yang lama untuk diri sendiri juga. Nanti kalau lama sangat, confirm dia pun dah bosan nak tunggu.

REJECT CALL/ TAK REPLY TEXT

Image result for bluetick whatsapp meme
Sumber gambar

Maybe si dia akan text atau call korang sebelum tidur untuk berbual sekejap or tanya progress sama ada korang nak teruskan untuk ada hubungan atau tak. Since korang pun memang nak reject si dia tanpa beritahu hal yang sebenar, ada eloknya kalau korang ignore je text atau call dia. Jangan angkat atau reply text. Melainkan dia tanya dekat sekolah, korang jawab je la yang tengah tak sihat.

TERUS TERANG

via GIPHY

Nak taknak korang memang kena berterus terang dekat si dia. Sampai bila nak biarkan dia tergantung macam tu? Kesian dia tunggu lama, sekali korang reject dia pula. Memang susah nak terus terang sebab takut buat dia terluka, tapi daripada biar macam tu je? Jujur dekat si dia kenapa korang tak boleh nak mulakan hubungan. Maybe lama-lama dia akan faham dan dia sendiri akan move on daripada korang. Jangan lupa minta maaf dekat dia ya.

Hati perempuan ni lembut dia lain macam. Tapi korang kena la pandai tackle hati dia even ada niat nak reject sekali pun. Kalau dah taknak, jujur je jangan buat orang tu tertunggu-tunggu okay.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Malas Cuci Muka Punca Masalah Jerawat

Telefon ‘Mahal’ Meletup Lepas Tukar Bateri, Nasib Baik…